Berapa banyak kali anda mendengar seseorang memberitahu anda tentang perkara-perkara yang mahu mereka lakukan tetapi berakhir dengan tidak melakukan apa-apa. Ramai orang yang tergolong di dalam kategori ini yang dikenali sebagai “cakap banyak, usaha tiada (CaBuT)”.
Hasrat yang baik dan tinggi menggunung tidak bermakna. Hasrat sahaja tidak memberikan hasil dan di dunia ini ramai orang mempunyai hasrat yang baik. Dalam jangka masa tertentu, mungkin dalam waktu yang agak lama, ada orang yang akan tersedar mereka terperangkap dalam situasi (CaBuT) yang tidak memberi kemajuan dan makna dalam kehidupan lalu mereka berubah untuk memilih stesen yang berlainan iaitu ‘ cakap sedikit, usaha berhasil” ( CaSH)”.
Ramai orang ada kebolehan dan kemahiran berhujah tetapi mereka ini cacat dengan penyakit bercakap dan berfikir tentang sesuatu perkara berulang-ulang, berulang-ulang banyak kali. Saya harap anda faham maksudnya.
Seorang Pemenang lebih banyak bertindak dari berfikir, mereka bergerak dengan ilmu yang mereka ada. Mereka kurang menghabiskan masa berbual kosong. Anda perhatikan bahawa mereka ini sangat kurang dan tidak pandai bercakap tetapi lebih gemar berusaha dan mencipta hasil kemenangan.
Pemenang boleh menguasai diri dan keadaan, mampu membuat keputusan dengan segera dan lebih penting lagi bertindak dengan pantas. Cuba anda bandingkan dengan mereka yang mempunyai pendekatan “melihat dari tepi gelanggang” dan mengharapkan kejayaan. Sememangnya setiap pemenang juga mengharapkan yang terbaik tetapi harapan mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi kenyataan berkat usaha yang mereka jalankan.
Tunggu dan lihat bukanlah aksi seorang Pemenang.
Nilai sebenar setiap ilmu dan pengalaman bergantung kepada tindakan yang anda lakukan.
#(31)
#(31)