MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Saturday, January 9, 2010

8. MASA..




     Adakala menunggu masa, ada ketika mengejar masa, selalu juga kerugian masa...

     Setiap orang mendapat 24 jam dalam sehari. Bezanya di antara kita, ialah bagaimana dan untuk apa kita gunakan masa tersebut.

     Kita mungkin mengadu atau mendengar aduan orang lain tentang masa. Tidak cukup masa atau kesuntukan masa untuk melakukan sesuatu. Cuba perhati dan bandingkan diri sendiri dengan rakan-rakan lain dalam kerjaya serupa yang meraih kejayaan cemerlang. Apakah keistimewaan mereka ? . Sebenarnya perbezaan yang ketara ialah kebijaksanaan mengguna dan menguruskan masa.

     Adalah mudah bekerja dengan majikan kerana masa dan ganjaran telah ditetapkan. Apabila mahu melakukan sesuatu untuk diri sendiri, kita perlu mencari mencari masa. Kita boleh mencari masa dengan mengurangkan masa untuk perkara-perkara yang kita tahu kurang memberi manfaat . Menggunakan masa rehat dan masa terluang di antara tugasan rasmi kita. Kita juga mesti berani menolak untuk memenuhi permintaan dan agenda orang lain atau mahu memenuhi semua jemputan majlis keramaian. Jangan sampai “kerja orang tolong selesai, kerja sendiri terbengkalai”. Satu kenyataan menarik ialah bisnes ini tidak memerlukan masa yang tertentu kuantitinya. Di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja kita boleh bertemu dan memulakan perbualan dengan orang lain untuk memperkenalkan bisnes kita dengan cara yang bersesuaian. Elakkan menggunakan atau mencuri masa bertugas yang telah ditetapkan untuk  kita.

     Di samping itu cuba baiki penggunaan / pengurusan masa  dari sudut berikut:

MEMBUAT PERANCANGAN TELITI.

     Membuat jadual kerja dengan kemas.  Tempoh menyiapkan sesuatu tugasan mestilah ditetapkan. Masa itu milik sendiri, gunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan terikat dengan masa dan agenda orang lain.

BERTANGGUH

     Ini adalah anggapan palsu bahawa kita terlalu banyak kerja untuk diselesaikan sehingga terpaksa melonggokkan tugasan untuk mencari masa yang sesuai untuk menyelesaikannya. Masa sesuai yang di tunggu tidak tiba dan kerja yang terbengkalai semakin bertimbun , akhirnya kita dilanda stress dan masalah kesihatan.

MENGAWAL AKTIVITI.

     Jadualkan dan kawal aktiviti yang hendak dilakukan. Buat perancangan aktiviti untuk seminggu dengan perkara-perkara yang mahu dilakukan dan cuba ikuti rancangan yang telah ditetapkan. Cuba berfikir  kebaikan atau faedah sebelum melakukan sesuatu. Berbual kosong atau memancing memang seronok tetapi apa tujuan dan kebaikannya. Kita juga mesti memastikan setiap jam yang dilaburkan adalah masa yang berkualiti dan produktif, jangan hanya banyak aktiviti tetapi tidak ada hasil.

MENEPATI MASA

     Apabila perlu menghadiri sesuatu temujanji, tepatilah masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran masa orang lain dan mengelakkan anggapan negatif  orang lain terhadap kita. Ini memang sudah menjadi lumrah kepada orang kita yang perlu dibenteras.

MEMBUAT KEPUTUSAN

     Aktiviti tidak bermula kerana kita gagal membuat keputusan. Apabila berdepan dengan sesuatu perkara atau masalah kita mengelak untuk membuat keputusan dan ini menyebabkan perkara tersebut tertangguh. Menerajui diri bermakna membuat keputusan dengan cepat dengan menimbangkan segala kemungkinan dan alternatif terbaik.

     Kita tidak mahu membuat keputusan kerana bimbang keputusan itu tesilap. Jika keputusan itu silap, tentu ada jalan untuk memperbaikinya. Walau bagaimanapun jarang sekali keputusan itu menimbulkan kesilapan besar. Jika tidak membuat keputusan, maka keadaan akan menjadi tergantung. Jika kita telah membuat keputusan yang silap, buat satu keputusan lagi, jika perlu buat keputusan-keputusan sehingga perkara atau masalah itu selesai.

Ada di antara kita yang membuat keputusan tidak mahu membuat sesuatu dan membiarkan keadaan menentukan segalanya dengan harapan ia akan memihak kepada kita.

     Semuga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk sentiasa menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Pengalaman peribadi:

     Apabila saya tidak dapat hadir ke satu perjumpaan bisnes, saya telah memberikan alasan ada saudara datang ke rumah. Penaja saya mengangguk mengiakannya. Beliau kemudian bertanya kepada saya “ Kalau bapa mertua anda datang ke rumah, adakah anda perlu melayan beliau sehingga tidak perlu pergi bekerja?”.....  

Berapa nilai masa saya ?
      Jika masa itu boleh saya nilaikan dengan wang ringgit, berapakah nilai masa saya?.  Jika saya berpendapatan RM 3000 sebulan, nilainya ialah RM 100 sehari, RM 4.1666 satu jam dan 0.07 sen seminit. Betulkah nilai masa saya tidak sampai satu sen seminit, walaupun saya nampak sibuk tidak pernah kehabisan kerja dan selalu tidak cukup masa.