MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, February 16, 2010

16. ANGKA @ NOMBOR


     Perniagaan adalah permainan angka ( number game ). Kira-kira. Betul dan logik tetapi janganlah beremosi.  Membina perniagaan ini juga adalah permainan angka walaupun buka angka nombor ekor atau toto. Saya suka mengambil contoh permainan daun terup. Setiap set daun terup ini mempunyai 52 kad dan ada 4 ace ( ace ini diibaratkan bintang Berlian). Saya  mahu mendapatkan  4 ace yang memang ada dalam setiap susunan. Saya merasakan setiap ace itu bernilai RM 100,000.00.  Saya tahu ingat bahawa ke empat-empat  ace mungkin terdapat dimana-mana dan mungkin di bahagian bawah susunan. Ramai orang yang tahu hakikat ini tetapi merasa kecewa apabila harapan menemukan ace setelah membuka beberapa keping kad gagal. Berpindahlah mereka ke susunan kad yang lain untuk mencuba nasib mendapatkan ace dengan bukaan yang pertama yang menjanjikan keuntungan lumayan serta merta.  Saya akui Kata perumpamaan “ batu yang bergolek, tidak akan mengumpulkan lumut” 

     Peniaga MLM pada peringkat awal mempunyai emosi yang tidak stabil dan niat yang berbagai. Ada rakan kongsi saya yang menyertai MLM berniat mencari jalan keluar rumah, meminjam wang,  dapat makan percuma, mencari suami, menjadi penceramah !!!  dan berbagai lagi. Ramai yang berjaya memenuhi niat tersebut dan terus hilang.

     Sebagai orang baru dalam industri yang terancam dengan berbagai kisah penipuan ini ( banyak syarikat dan ramai orang pandai bercakap tentang MLM ), meraka akan mula memperkenalkan bisnes mereka kepada orang terdekat, dan pandangan orang terdekat ini biasanya sangat mempengaruhi kita. Secara logiknya, kalaulah orang yang mengenali dan menyayangi kita tidak mahu menyertai, memberi sokongan dan galakan, siapakah yang mahu?.

      Kadangkala kita membuka satu  kad yang bukan ace tetapi terus memegang kad itu dengan harapan ia boleh bertukar menjadi ace.  Itu mustahil.  Kita tidak boleh mengubah apa-apa tentang orang lain jika mereka sendiri tidak mahu berubah. Orang yang tidak mahu menjadi rakan kongsi kita, biarkan mereka dengan keputusan dan pendirian mereka.  Jangan kecewa. Saya katakan kepada diri saya  “ saya akan terus berusaha mencapai kejayaan, samada anda bersama atau tidak”. Teruskan dengan cepat membuka kad-kad seterusnya untuk mendapatkan ace. Jangan was-was kerana ia menjadikan kita sendiri dikuasai unsur-unsur negatif dan membuang masa. Kita tidak perlulah mencari alasan atau jawapan mengapa seseorang itu tidak mahu.

     Jangan cepat teruja atau terpengaruh dengan hasil yang diperolehi pada peringkat awal. Ada masanya kita akan merasai telah menemui ace kerana mendengar kata-kata prospek kita yang cukup bersemangat tetapi mereka tidak melakukan apa-apapun untuk memajukan diri dan terus hilang selepas 3 bulan. Kalaupun kita tahu sebabnya, tidak payahlah diwar-warkan...

     Mempunyai mentor yang baik dan mengikut nasehat mereka memberi peluang kita untuk memilih mana-mana kad dalu dalam susunan kad  tanpa perlu membuka satu persatu dari bahagian atas. Walau bagaimanapun ia bukan bermakna kita tidak perlu membuka kad tersebut tetapi berpeluang memilih mana-mana kad yang kita suka terlebih dulu. Mendengar nasehat mentor umpama mengenepikan beberapa kad yang pasti bukan ace dari susunan untuk memudahkan usaha. Berusaha tanpa panduan mentor (guru ) ibarat membuka satu kad, meletakkan semula di bahagian atas dalam susunan dan membuka semula kad yang sama  berkali-kali. Pelik tapi ia berlaku kepada rakan kongsi saya yang merasakan dirinya berilmu dan hebat.  

     Ada di antara kita yang tidak mengenali apa itu ace walaupun telah membuka dan menemui ace. Ini biasa terjadi kerana kita sendiri adalah orang baru, bukan bertaraf pemimpin dan tidak mahu memperkenalkan rakan kongsi ace kepada guru kita kerana kita tidak  ada hubungan baik dengan pemimpin kita sendiri. Ada ketikanya rakan kongsi ace kita akan mempertikaikan berbagai tindakan kita sendiri kepada rakan kongsi atau pemimpin lain.  Kita rasa diri kita hero, tetapi komplain yang munasabah dari rakan kongsi sendiri, datang bersusun-susun.
 
     Ada orang yang berkata, “alangkah baiknya jika saya boleh meneka di mana letaknya ace itu dan terus mengambilnya. Saya akan berjaya sampai ke kemuncak kejayaan tanpa perlu melalui semua proses dan aktiviti yang seharusnya dilakukan”. Berita baiknya ialah, kemugkinannya memang ada tetapi kita perlulah memulakan langkah pertama. Apakah langkah penting yang diambil oleh Edmond Hillary untuk mendaki sampai ke kemuncak  Everest. Langkah pertama atau langkah akhir?. Jika dia tidak memulakan langkah pertama dengan niat yang betul, dia tidak boleh sampai, harus diingatkan bahawa ada masanya dia perlulah mengikut jejak-jejak yang betul melalui pedoman persekitaran dan rasa hati sendiri untuk sampai ke matlamat. Keutamaannya ialah memulakan langkah dan melangkah ke arah yang betul !!! Adakah langkah terakhir itu  tidak penting ?. Memang penting!. Jika tidak kerana langkah terakhir itu,  dia tidak akan sampai ke kemuncak walaupun telah melangkah beribu-ribu langkah. Sebenarnya tidak ada satu langkah yang lebih penting dari yang lain, tiap-tiap langkah itulah yang  merealisasikan impian sampai ke kemuncak: ia satu proses.

     Menjadi pemimpin yang baik dan dinamik juga adalah satu proses. Jika kita tidak melalui proses tersebut, tidak mungkin kita mempunyai ilmu dan pengalaman untuk memimpin rakan kongsi lain mencapai ke kemuncak. 

Selamat berusaha.

Pengalaman peribadi

     Saya mempunyai beberapa beradik dan 6 orang ipar serta ramai ahli keluarga yang lain. Tidak ada seorangpun yang mahu menyertai saya dalam bisnes atau memberikan sokongan moral. Ada yang bertindak menyertai bisnes MLM yang lain dengan alasan bisnes tersebut lebih menarik, mudah  dan lumayan. Adalah sesekali mereka membeli dengan harga diskaun. Kalau dulu mempertikaikan tindakan saya membuat kerja bodoh, tetapi sekarang banyak kata-kata yang berirama sindiran. Saya mengakui banyak belajar dari saudara mara tentang nilai ketahanan dan kejayaan.

     Saya mahukan kejayaan,  saya mahukan kehidupan yang baik. Saya perlu melakukan. Saya perlu melakukan banyak presentasi untuk memperkenalkan bisnes saya kepada lebih ramai orang. Saya perlu bergerak ratusan ribu kilometer. Saya sanggup lakukan. Datanglah cabaran apa saja, “No problem”