MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, November 24, 2009

Wednesday, November 18, 2009

KEPUTUSAN DAN TINDAKAN


     Izinkan saya berkongsi  sebuah cerita tentang seorang ahli perniagaan MLM yang telah berjaya.  Biar saya namakan dia Mat.  Sebelum menyertai perniagaan MLM Mat telah hampir diambang bangkrap. Kereta ditarik pihak bank. Beberapa kad kredit sudah tepu tidak terbayar. Hutang kecil-kecil bertaburan. Bayaran bulanan rumah juga terancam.

     Mat  tercari-cari peluang dan jalan untuk menyelesaikan masalahnya. Satu hari Mat berjumpa dengan seorang peniaga MLM dan mendapatkan penerangan tentang perniagaan MLM. Sebelumnya Mat pernah mendengar perkataan MLM tetapi tidak pernah ambil tahu. Peniaga yang telah mengumpul banyak pengalaman itu memberitahu beliau sanggup memberi bimbingan dan sokongan dan Mat boleh menyelesaikan masalah kewangan dan seterusnya mencapai ke tahap kebebasan kewangan melalui perniagaan MLM dalam masa antara satu hingga tiga tahun sekiranya  Mat sanggup membayar harganya. Pengiaga itu mengingatkan, untuk  berjaya Mat terpaksa menghadapi dan melawan 4 musuh utama yang pasti datang. Mat yang tidak ada banyak pilihan bersetuju menyertai perniagaan MLM dan sanggup membayar harga kejayaan yang telah disebut oleh peniaga  tersebut.

     Beliau begitu bersemangat untuk melaksanakan perniagaannya. Seminggu kemudian, Mat telah mencetak 200 kad jemputan Presentasi Pelunag Perniagaan dan menyerahkan secara peribadi  kesemua kad tersebut  kepada saudara-mara, jiran-jira, rakan-rakan dan kenalan beliau. Semua jemputan memberikan persetujuan untuk hadir.

     Peringkat  awal, kesemua  80 hadirin yang mendengar  menyatakan “tidak berminat”  dengan perniagaan. Mat sedang menghadapi  musuh yang pertama iaitu PENOLAKAN.  “No problem” kata hati Mat. Penajanya memang telah memberi amaran tentang kejadian perkara seperti itu. Ada 120 orang lagi dalam perjalanan ke perjumpaan petang ini.

     Cuba teka apa terjadi. 50 orang tidak hadir ke perjumpaan tersebut. Mat menghadapi musuh yang kedua: PENIPUAN.  “No Problem”  kata hati Mat. Memang dia telah diberi amaran bahawa ramai orang yang tidak menepati janji dan perkara sebegitu memang biasa. Masih ada 70 orang lagi yang akan mendengar penerangan petang itu.

     Apakah terjadi? Mat menghadapi musuh ketiga. 57 orang hadirin langsung TIDAK PEDULI  untuk mendengar  dan melihat penerangan yang disampaikan. “No Problem”  Mat memujuk diri sendiri. Beliau berpegang teguh kepada pesanan dan amaran yang telah diberikan oleh penajanya.

     Dalam perjumpaan tersebut Mat berjaya juga menaja 13 orang ke dalam perniagaan bersama beliau. Daripada semua rakan perniagaan tersebut 5 tidak membeli apa-apa produk dan menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan dan 7 orang lagi berhenti selepas 3 bulan menjalankan aktiviti perniagaan. Mat menghadapi musuh keempat iaitu KECICIRAN/HAKISAN. Tinggallah seorang sahaja rakan kongsi Mat  daripada perjumpaan tersebut  tetapi rakan kongsi tersebut telah membina satu rangkaian yang besar dan bersama beberapa pemimpin yang lain telah memberikan pendapatan residual lebih RM 20,000.00 setiap bulan kepada Mat. Kini Mat telah menjadi peniagan berjaya dan hidup sejahtera kerana mempunyai rangkaian rakan kongsi perniagaan yang ramai di beberapa Negara.

     Untuk mencari rangkaian pemimpin yang ramai Mat mengambil masa 4 tahun dan telah menunjukkan peluang perniagaan kepada  beribu orang prospek  dan sanggup menerima ribuan kali perkataan TIDAK.  Kejayaan Mat adalah kerana dia tidak pernah jemu dan berputus asa menerima perkataan TIDAK.

     Saya bertanya apakah rahsia pencapaian beliau yang cemerlang. “ Tidak ada rahsia. Tidak ada apa yang special” Mat  berkata dengan tegas. “ Tapi apa yang dinikmati sekarang adalah kerana keputusn dan tindakan yang dibuat lima tahun dahulu. Ke mana kita lima tahun akan datang bergantung kepada keputusan dan benih yang kita tanam hari ini. Kejayaan yang besar bermula dengan usaha kecil yang berterusan” pesan Mat sambil menepuk bahu saya.

     Terima kasih, Mat.

     Malam ini saya ke KLIA.....

Saturday, November 14, 2009

FALSAFAH KEJAYAAN DUNIAWI


      Kejayaan hidup di dunia boleh dimiliki oleh semua orang. Ia bukan milik orang tertentu dan terpilih kerana  bernasib baik atau berpendidikan dan berkedudukan tinggi sahaja. Kejayaan tidak memilih orang tertentu tetapi seseorang itulah yang bertanggungjawab untuk mencipta kejayaan atau sebaliknya.    Seseorang yang berjaya “bernasib baik” kerana memahami perkara berikut yang menjadi Falsafah Kejayaan purba.

 1.       Peluang keemasan.
                Peluang datang kepada kita setiap masa dalam berbagai bentuk. Tetapi adakah sesuai atau  tidak sesuai dan boleh atau tidak boleh peluang  tersebut diusahakan ?. Peluang keemasan ialah peluangyang baik dan sesuai  serta ada harapan cerah untuk memperolehi kejayaan  dengan berusaha tanpa memerlukan pelaburan  besar  yang  tidak mampu disediakan  atau  tidak mampu untuk di uruskan. Mulakanlah sesuatu kerjaya itu dari kecil dan dari bawah. “Ukur baju di badan  sendiri”.

2.       Sanggup membayar harganya.
             Setiap peluang  keemasan yang datang perlu  usaha untuk mendapatkan hasil. Harga kejayaan yang perlu kita bayar ialah dalam bentuk  pelaburan dan pengorbanan masa, tenaga, wang  ringgit dan bertekun serta sanggup meninggalkan keselesaan untuk sementara waktu sebelum usaha kita berhasil. Kata orang lama “ berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian….”

3.       Pelan tindakan.
           Pelan tindakan  ialah rancangan bertindak secara praktikal dan sistematik dan khusus yang perlu di lakukan juga mengetahui  bagaimana ianya dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Ilmu pengetahuan khusus dalam bidang yang diceburi adalah alat terpenting untuk menjalankan pelan tindakan secara proaktif. Pesanan purba “ isi dada bekal berjalan”

4.       Usahakan sehingga Berjaya.
        “ Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek”. Sudah pasti tidak akan ada hasil diperolehi tanpa usaha. Usahakan peluang yang telah diperolehi dengan penuh keyakinan dan bersungguh -sungguh,  gembira, bersemangat, berdisiplin dan bersabar. Buatlah kerja secara  bersistem. Jangan sesekali  berasa jemu dan berputus asa serta mengalah dengan dugaan. Ingatlah dugaan dan kegagalan itu adalah sebahagian dari proses untuk mencapai kejayan. Jangan di persia-siakan masa , tenaga dan wang ringgit yang telah  di labur dan dikorbankan. Hanya diri sendiri sahajayang tahu dan bertanggung jawab samada akan menerima hasil yang baik atau mengecewakan.
      Mungkin benar kata-kata berikut: Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
       Semuga perkongsian di atas boleh dimanfaatkan.
Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya.

Wednesday, November 11, 2009

PELUANG DALAM KEHIDUPAN


     “Mengapakah sebilangan orang dari kalangan orang biasa dengan pendidikan yang terhad dan dan pengalaman yang tidak seberapa boleh menikmati kehidupan yang berkualiti dan boleh merasai berbagai kemudahan hidup yang terhasil dari kebebasan kewangan"?.

      Adakah kerana mereka bijak, bernasib baik atau berkerja keras?
      Jawapannya: TIDAK.

      Kebanyakan orang yang memiliki kebebasan kewangan mempunyai satu kebiasaan yang serupa. Mereka berada di tempat betul pada masa yang betul dan merebut peluang yang tiba. Apabila peluang datang mereka membuka tangan dan minda untuk menilai secara positif!.

      Ramai orang memandang setiap peluang yang datang dengan prasangka dan curiga, dihantui ketakutan dan mengambil langkah tunggu dan lihat serta terlalu berhati-hati tanpa usul periksa dan akhirnya peluang keemasan yang datang terus hilang dan diambil oleh orang lain. Mereka ini meniti usia dewasa dengan persoalan ” di manakah saya pada masa ini sekiranya telah menyambut peluang yang datang satu ketika dulu”

      Kita semua bernasib baik. Peluang yang ditunggu-tunggu sedang mengetuk pintu hati dan minda kita sekarang.

      Bukalah pintu hati dan minda! Lihat peluang yang datang.
 
      Sebagai peringatan, orang yang bijak menyelidiki sesuatu peluang yang biasanya diterima bulat-bulat oleh orang bodoh. Jadilah orang yang bijak dan selidikilah peluang yang datang kepada kita. Dapatkan maklumat yang benar dan carilah fakta yang betul. Kemudian buatlah keputusan yang betul jika ia adalah peluang sekali seumur hidup yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi sejahtera dan cemerlang.

      Saya doakan kecemerlangan sebaiknya yang patut anda perolehi

     Salam Sejahtera dan Selamat Maju Jaya.

Monday, November 2, 2009

CERMIN KEHIDUPAN: KITA BOLEH BERJAYA !!.

Salam Sejahtera,
     Setiap orang berusaha melakukan sesuatu kerja dan mencari berbagai jalan untuk mencapai kejayaan hidup yang mereka impikan. Bagi saya, kepercayaan dan keyakinan untuk mencapai kejayaan terletak dalam memulakan perniagaan sendiri.
     Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua usaha yang kita lakukan, pertama sekali kita mestilah komited terhadap apa yang kita usahakan. Kejayaan hanya akan datang jika kita menumpukan perhatian, tenaga, masa maupun keseluruhan hidup kita untuk mencapainya.
     Mari kita pupuk perniagaan yang menjanjikan “kehidupan yang lebih sempurna” yang telah kita miliki ini dengan perasaan cinta dan kasih sayang bersama hasrat yang membara untuk mencapai dan mengecapi kejayaan. Mari kita gilap potensi diri dan kemahiran keusahawanan dengan sentiasa mahu menimba ilmu pengetahuan.
     Kita akan menghadapi banyak cabaran dan suka duka di dalam perniagaan. Beranikan diri dalam menghadapi segala cabaran, kritikan dan penolakan. Ianya adalah untuk menguji ketahanan serta kesabaran dan hanyalah sementara. Marilah kita belajar dari setiap kesilapan dan kekecewaan. Kita tetapkan matlamat yang jelas, buat perancangan yang tersusun dan kita kawal arah tujuan kita. Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.
     Dunia perniagaan memerlukan kita sentiasa bersikap posotif, bersemangat, berkerja kuat dan memberikan tumpuan sepenuh hati kepada matlamat. Ia selalunya menjadi sumber kekuatan kita.
Kongsikan peluang yang baik ini dengan semua orang dan apabila kita berkongsi perniagaan dengan orang lain, kita perlu saling mempercayai, bersatu padu, bekerjasama, saling menghormati dan bertanggungjawab agar perkongsian kita berjaya, tetapi yang lebih penting lagi ialah kita mesti ada matlamat dan tujuan yang sama.
     Menjalankan perniagaan sendiri adalah seperti melalui sebuah kehidupan. Kita akan banyak merasai dan mengendalikan susah senang, untung rugi dan mengenali ragam dan erti kemanusiaan. Itu semua adalah ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.
     Jika setiap dari kita berusaha lebih sedikit, sudah tentu lebih ramai ahli keluarga kita dan orang lain boleh menikmati kehidupan dengan sinar kegembiraan dan kebahagiaan.
     Kejayaan dalam hidup boleh menjadi impian abadi. Jadikan impian satu kenyataan. Bermula hari ini dan hari-hari yang seterusnya, biarlah kita terus bergerak ke hadapan tanpa henti, seinci demi seinci ke arah kecemerlangan diri.
     Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya. Doa saya untuk kejayaan semua.

Salam Hormat.