MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, January 5, 2010

7. BELAJAR


  
  Sanggupkah kita belajar semula? . Sanggupkah kita menjadi seorang murid yang perlu mengikut arahan dan nasehat guru?. Suka atau tidak., kita perlu menerima hakikat perlu belajar mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk maju dalam bisnes ini.

     Tidak kira betapa berjayapun kita dalam kerjaya sedia ada, betapa tinggi sijil pelajaran yang kita miliki, kita bertuah kerana ada ilmu dan pengalaman yang kita boleh gunakan untuk memajukan bisnes kita tetapi percayalah masih ada banyak lagi perkara yang perlu kita belajar kerana bisnes ini adalah satu perkara yang berlainan dengan kerjaya makan gaji atau bisnes konvensional. Bila kita menganggap bisnes ini mudah dan kita mempermudahkan aktiviti menimba ilmu, kita pasti mengecapi kegagalan.

     Susah juga membuang ego dan menerima hakikat bahawa kita perlu belajar dan mendengar nasehat dari penaja atau pemimpin yang lebih rendah taraf pendidikan dan taraf kerjanya daripada kita sendiri. Ada yang terlalu muda untuk memberi ajaran dan nasehat. Tetapi ingatlah, Pemimpin itu telah berjaya dalam bisnes ini dan mereka telah terlebih dulu belajar dan melalui cabaran yang pasti akan kita tempuhi dalam bisnes ini nanti. Pemimpin kita bersemangat untuk memberikan kita tunjuk ajar dan nasehat terbaik, untuk membina organisasi yang besar dan kukuh dengan secepat mungkin. Bukankah kejayaan kita juga adalah kejayaan mereka!!. Apabila kita cuba menilai siapa yang memberikan ilmu, kita telah tersasar dari tujuan sebenar belajar iaitu untuk mencari ilmu dan mempraktikkannya.

     Proses belajar itu ada tiga peringkat. Pertamanya kita belajar bagaimana melakukan sesuatu aktiviti secara teori dan praktikal. Keduanya kita perlu guna pakai ilmu tersebut sehingga memberi hasil dan ketiga kita boleh berkongsi ilmu tersebut dengan rakan kongsi yang lain terutama yang baru dalam bisnes ini. Proses ini berulang-ulang dan berterusan tanpa henti.

     Ada ramai rakan kongsi saya yang belajar separuh jalan sahaja kerana telah yakin mereka telah menguasai sepenuhnya kemahiran bisnes ini. Ada di antaranya pula cuba mengaplikasikan kaedah dan sistem baru untuk disesuaikan dengan masa dan status untuk merancakkan bisnes mereka. Dalam kedua-dua keadaan, saya melihat mereka tidak menunjukkan kemajuan malah terpaksa menanggung kerugian dan penderitaan.

     Perjumpaan mingguan dan seminar bertujuan untuk menyampaikan ilmu bisnes. Pastikan kita membawa buku catatan dan pen untuk mencatit ilmu-ilmu yang disampaikan. Perjumpaan itu bukanlah untuk berseronok-seronok, anda menghadiri perjumpaan untuk menimba ilmu , bukan kerana anda perlu hadir. Kadangkala kita menghantar signal kepada pemimpin dan rakan kongsi lain bahawa bisnes ini hanyalah “suka-suka” sahaja, apabila datang ke majlis ilmu tetapi duduk di barisan belakang dan mendengar ceramah dengan hanya berpeluk tubuh. Lebih malang lagi jika kita berkumpul di luar kelas bercakap tentang tajuk-tajuk lain.

     Di samping perjumpaan mingguan, kita juga boleh belajar dengan membaca buku-buku, majalah, mendengar kaset, menonton video, menghadiri seminar dan kursus, majlis penyampaian anugerah pencapai cemerlang serta mengikuti lawatan dan lain-lain yang disyorkan oleh pemimpin kita..

     Apabila pemimpin kita memberitahu tentang sesuatu seminar atau kursus atau sesuatu bahan untuk membantu kita meningkatkan jualan, apakah respon kita ?
> Berapakah bayaran untuk seminar itu atau berapa harga alat itu ?.
> Saya tidak pandai menggunakan alat itu...
> Mengapa seminar itu di adakan terlalu jauh dari tempat tinggal saya?
> Siapa yang memberikan seminar ?

     Kita mula menyoal dan mengira berapa wang yang terpaksa dikeluarkan untuk seminar atau alat tersebut. Itulah negatifnya kita!! Sepatutnya kita menjadi orang pertama mendaftar diri untuk menghadiri majlis ilmu dan melihat faedah seminar atau alat tersebut untuk kemajuan diri sendiri dan rakan kongsi di dalam organisasi kita sendiri sekarang dan puluhan tahun akan datang.

Pengalaman peribadi:

     Satu hari seorang seorang rakan kongsi baru telah bersetuju untuk menghadiri perjumpaan mingguan. Saya ingatkan beliau beberapa kali pada waktu petang bahawa saya akan menjemput beliau dengan kereta di rumahnya pada jam 8.00 malam untuk menghadiri perjumpaan pada jam 8.30 malam tersebut. Apabila saya sampai, beliau telah bersedia duduk di hadapan pintu rumah dengan berbaju kemeja putih tangan panjang dan sedang mengikat tali kasut. Beliau menghampiri saya dan memberitahu akan mengikuti saya dengan motosikal kerana perlu singgah membeli sedikit barang waktu pulang nanti. Saya bersetuju. Sehingga jam 9.00 malam saya masih menanti beliau di depan tempat perjumpaan tetapi tidak muncul juga. Saya mula risau beliau kemalangan. Akhirnya saya membuat panggilan telefon ke rumah dan panggilan disambut oleh isteri beliau yang menjawab pertanyaan saya dengan baik. “ Dia OK, tak pergipun, ada baring atas sofa tengok TV ” . Saya kasihankan beliau dan saya kasihan diri saya....