MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Friday, January 1, 2010

6. BISNES SENDIRI




Salam Tahun Baru 2010. Semuga kita semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang hayat.

Perniagaan ini adalah hak milik sendiri. Kitalah yang mentafsir berapakah nilai bisnes kita mengikut kepercayaan dan kemahuan sendiri. Samada kecil atau besar. Samada nilainya seringgit atau sejuta ringgit. Kita memiliki bisnes sendiri tetapi tidak bersendirian dalam bisnes ini. Pihak Syarikat telah menyediakan produk, pelan dan sistem  perniagaan serta peluang yang sama kepada semua. Ada sokongan, latihan, bimbingan dan sebagainya dari berbagai pihak seperti Pihak Syarikat, Penaja, Pemimpin dan lain-lain tetapi kitalah yang menentukan kejayaan atau kegagalan bisnes kita. Jangan harapkan orang lain membina sebuah bisnes untuk kita. Orang lain hanya boleh membantu, mendorong atau mengkritik dan mentertawakan usaha kita. Orang lain tidak boleh menentukan halatuju dan tahap pencapaian diri kita. Ada rakan-rakan melakukan bisnes ini separuh jalan seperti seorang kontraktor yang membina sebuah bangunan tidak siap. Sudah pasti kita tidak akan menikmati hasil yang diharapkan.

Apakah cabarannya ?.

Kita perlu membayar harga untuk membina bisnes ini.

1.     Jangan anggap dan berharap ianya mudah tetapi berdoalah kita diberikan kekuatan untuk menjayakannya.
2.     Sanggup meninggalkan keselesaan yang dirasai sekarang untuk membina bisnes ini. Jika kita mahukan keselesaan berpanjangan sepanjang hayat, kita mestilah sanggup meninggalkan zon selesa untuk sementara waktu. Ada seorang rakan saya mengatakan “ biar susah payah 2 ke 3 tahun, senang sepanjang hayat !”
3.     Mengubah sikap dan cara fikir dari seorang pekerja kepada seorang usahawan juga sangat mustahak. Tidak salah kita menjadi seorang pekerja asalkan tidak mempunyai cara fikir seperti seorang pekerja. Cubalah dekati dan berkawan dengan orang-orang yang berada dalam dunia bisnes dan dengarlah cerita mereka, samada berjaya atau gagal kerana ia boleh menjadi pedoman kepada kita yang sedang membina bisnes.
4.     Jauhkan diri dari menerima pendapat “orang gagal” yang biasanya memberikan berbagai sebab sebagai punca kegagalan tetapi tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Kalau kita masuk ke tandas awam kita akan dapat melihat berbagai coretan didindingnya. Elakkan menerima nasehat dari coretan iklan yang terpampang di dinding tandas awam !!! Berhati-hati juga mendapatkan teknik dan cara terbaik dari buku-buka motivasi ( motibasi ) atau internet. Cuba selidik dulu dari mana datangnya buku tersebut dan siapa pengarangnya serta apakah tujuannya mengeluarkan buku atau artikal tersebut. 

Sediakan Modal !!

Bagaimanakah caranya untuk menyediakan modal bisnes sendiri? . Fikirkanlah cara yang terbaik di antaranya
1.     Menggunakan sedikit pendapatan atau simpanan sendiri,
2.     Meminjam sekejap ( dari keluarga atau rakan terdekat ),
3.     Menjual aset sedia ada yang kurang menguntungkan
4.     Meningkatkan jualan untuk mendapatkan keuntungan.

Kita boleh mengunakan mana-mana kaedah seperti di atas atau dengan kombinasi beberapa cara yang disebutkan. Cuba elakkan meminjam dari Instititusi kewangan. Ramai rakan saya merungut kerana “tiada modal” tetapi tidak pula berfikir “bagaimana mahu mendapatkan modal”. Inilah cabaran pertama yang perlu diatasi jika mahu terus berjaya dalam bisnes sendiri.

Dalam bisnes kita perlu membuat pelaburan dulu sebelum boleh melihat dan merasai hasilnya. Untuk berjaya dalam bisnes, kita perlukan wang untuk membeli produk contoh dan stok jualan, menghadiri latihan dan seminar serta membeli bahan latihan. Kita  perlu melabur tenaga  dan masa untuk melakukan aktiviti bisnes. Janganlah harapkan pihak Syarikat menyediakan semua bahan bantu untuk kita tetapi gunakan kreativiti sendiri untuk membuat bahan bantu untuk memajukan bisnes sendiri. Satu perkara yang menarik tentang pelaburan ini ialah ianya boleh dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemajuan bisnes kita. Apa bahan bantu yang kita perlu ada?. Apa sahaja bahan yang dimiliki oleh Guru kita dengan tambahan hak sendiri.

Mengapa mudah gagal?. Saya melihat beberapa perkara asas yang menjadi punca kegagalan rakan-rakan saya iaitu:

i.              Tidak mempunyai stok produk dan bahan bantu bisnes yang mencukupi. Imbuhan bonus yang diterima disalurkan untuk hal-hal yang lain dan tidak melaburkan semula ke dalam bisnes. Kadangkala sehingga tidak ada sumber modal untuk membeli produk !!.
ii.             Berhutang dan memberi hutang. Ini menyukarkan perhubungan dan menghilangkan kepercayaan kita dengan rakan kongsi dan orang lain.
iii.            Suka meminjam daripada rakan kongsi atasan atau bawahan. Bisnes sendiri mengharapkan segala-galanya dari orang lain.

Kita hanya boleh mengatasi cabaran ini dengan satu cara sahaja iaitu memberikan keutamaan tenaga, masa dan wang utnuk memajukan bisnes sendiri

Pengalaman peribadi:

Saya memulakan bisnes sendiri dengan modal yang sangat kecil dan terhad. Saya hanya ada  sebuah motorsikal. Dengan baki gaji yang memang tidak mencukupi walaupun untuk menyediakan makanan untuk keluarga selama sebulan. Saya nekad tidak membayar sewa bulanan telefon dan berhenti membayar hutang bulanan kad kredit serta berhenti minum di kedai kopi. Saya mulakan dengan sedikit contoh produk dan sebuah fail bisnes. Merayaplah saya dengan motorsikal tua untuk berjumpa kawan-kawan dengan satu misi “saya tidak boleh gagal lagi”.  Alangkah susahnya bercakap tentang peluang besar dan pendapatan lumayan apabila kita hanya menaiki motorsikal !!. Setiap kali mendapat bonus bulanan, lebih  separuh daripadanya kembali ke dalam bisnes. Ini berlanjutan selama 6 bulan sehinggalah saya mencapai bonus seribu ringgit....  sekarang modal tersebut telah berkembang kepada beberapa pelaburan lain.