MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Friday, January 22, 2010

11. BERUSAHA DENGAN BIJAK




     Menjadi ahli DXN bukan satu tiket menjamin kejayaan. Bisnes ini memerlukan usaha untuk berjaya. Saya diberitahu ia memerlukan 1000 presentasi untuk mencapai ke kemuncak Tertinggi dalam status pencapaian. Berusaha secara bersendirian dan melakukan presentasi satu ke satu ( one to one ) sahaja bukanlah usaha  yang bijak. Ia harus digabungkan dengan presentasi dan aktiviti secara berkumpulan kerana ia boleh mengurangkan tugasan dan mempercepatkan masa kita kepada satu per tiga sahaja.

     Kita tidak hanya perlu berusaha tetapi perlulah berusaha dengan bijak. Berusahalah...

1.       Secara konsisten (istiqamah) walaupun hanya 2 jam atau bertemu seorang prospek atau rakan kongsi sahaja sehari.

2.       Dengan perasaan ghairah dan gembira. Beri tumpuan sepenuhnya untuk mencipta kejayaan tetapi janganlah sehingga mengabaikan kesihatan dan keselamatan diri.

3.       Dengan penuh harapan untuk mencapai hasil yang terbaik dari setiap aktiviti yang dilakukan.

4.       Dengan bersemangat. Tiada orang mahu menyertai individu atau kumpulan yang pasif yang membosankan

5.       Untuk mencapai tujuan dan sasaran. Tanya diri sendiri apakah tujuan kita melakukan sesuatu atau berada di sesuatu tempat

6.       Dengan teliti dan berhati-hati. Beri perhatian kepada tugasan walaupun nampak kecil. Jangan cuai dan berusaha sambil lewa sahaja.

7.       Secara terancang. Sediakan perancangan dan cuba berusaha mengikut perancangan yang telah disediakan

8.       Secara kumpulan.  Galakkan ahli kumpulan berusaha dengan aktif dan efektif. Perbanyakkan program latihan dan aktiviti secara berkumpulan

9.       Dengan rakan kongsi yang mahu berjaya dan mahu belajar. Jangan membuang masa melayan orang yang tidak serious

10.   Dengan tekun dan sabar secara berterusan. Pastikan ada kemajuan kecil walaupun selangkah atau seinci ke arah matlamat  setiap hari.

11.   Dengan sabar. Jangan gopoh mengejar pangkat dan kedudukan. Jangan jemu dan putus asa - Ia sangat merugikan.

12.   Menggunakan teknologi moden seperti internet. Ia membantu mempercepatkan masa, memudahkan urusan, meluaskan capaian dan memberi maklumat yang berguna.

     Mencapai kejayaan yang tinggi bukanlah mudah malahan kejayaan hanya akan kita perolehi jika kita sanggup menghadapi kesukaran dan keperitan. Semua orang mahu berjaya tetapi tidak ramai yang sanggup meninggalkan zon selesa untuk sementara waktu demi untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang. Hasil yang   memuaskan hanya dapat dirasai selepas 2 hingga tiga tahun dari tarikh mula kita berusaha.

     Bersedialah juga untuk kehilangan beberapa kawan rapat kerana bisnes ini tetapi adakah mereka sebenarnya kawan rapat jika mereka tidak boleh bersama atau tidak mahu memberi sokongan moral kepada usaha kita.

     Semasa kita sedang membina organisasi, akan ada rakan kongsi  yang walaupun pada peringkat awal nampak berkebolehan dan bersemangat akan menjadi sejuk,  menarik “hand brake” dan hilang separuh jalan. Jangan panik dan kecewa. Dalam sesebuah organisasi yang boleh memberi berbagai insentif terbaikpun,  ada orang yang akan datang dan meninggalkannya dengan alasan tersendiri. Untuk mengelakkan kemerosotan, momentum pergerakan seperti bilangan presentasi dan penajaan rakan kongsi baru mestilah seimbang malah lebih baik di pertingkatkan sehinggalah bilangan yang masuk melebihi bilangan yang keluar.

      Berusahalah dengan sabar dan mengharapkan hasil, fikirkan bahawa setiap usaha yang dilakukan mendekatkan kita kepada sasaran, matlamat dan impian. Berusahalah dengan harapan ianya memberikan hasil. Buat prsentasi dengan anggapan dan harapan orang akan teruja dan mahu menyertai, promosikan produk dengan harapan orang akan membeli, buat perjumpaan dan seminar dengan harapan semua rakan kongsi akan hadir, kita mesti berfikiran bahawa setiap aktiviti yang diusahakan akan membuahkan hasil. Saya ingatkan diri saya “ people come and go, i come and grow”

     Jika diberi pilihan antara bekerja dan berehat, ramai yang mahu berehat  kecuali mereka yang mengingati matlamat dan impian mereka. Adalah mudah untuk membatalkan atau mengubah temujanji, memberi alasan, merasa terlalu letih, memalsukan diri tidak sihat atau membuat kesimpulan orang yang mahu ditemui tidak berminat. Tanyakan diri sendiri samada mahu berehat atau melangkah setapak kehadapan kearah kejayaan!! .

    Membina bisnes ini pada peringkat awalnya ibarat memancing bersendirian, apabila ia mula berkembang, ia ibarat menjala apabila kita boleh mendapat  beberpa jualan atau tajaan sehari dan apabila sudah maju, ia ibarat merentangkan pukat menyeberangi sungai, ikan akan masuk ke dalam pukat dari semua arah. Jika kita berusaha secara berterusan, pasti jumlah rakan kongsi dan pemimpin akan menjadi semakin ramai dan bisnes semakin berkembang maju.

     Kajian menunjukkan hanya lima peratus sahaja pengedar yang menjalankan bisnes MLM berjaya sampai ke garisan penamat dan mencapai kejayaan. Ini tidak menghairankan kerana bilangan lima peratus inilah pengedar yang betul-betul berusaha untuk mencipta kejayaan. Ramai rakan-rakan  lain menyertai MLM dengan harapan mencipta kejayaan seperti membeli tiket loteri. Ada juga yang mengharapkan orang lain berusaha untuk menjadikan mereka jutawan. Selagi yang 95 % ini tidak berani mengubah sikap dan berusha, impian mereka tetap menjadi angan-angan sahaja.

Pengalaman peribadi

Saya pernah tertidur di kawasan R&R kerana kehabisan petrol kereta. Ianya bermula apabila saya bersetuju menghadiri perjumpaan di rumah kawan di  kampung beliau kira-kira 150 km dari tempat saya. Saya diberi arah tuju ke rumah tersebut. Dengan bersemangat saya bertolak dan yakin rakan saya telah bersedia menunggu dengan beberapa rakan yang lain. Saya tidak sampai ke destinasi kerana ( setelah beberapa kali berhenti untuk bertanya beberapa orang di kawasan berhampiran) petunjuk yang  diberikan kepada saya memang salah!. Panggilan telefon tidak berjawab. Saya  bertekad untuk mencari tempat tersebut sehingga petunjuk petrol memberi signal akan habis. Saya berpatah balik dan tidak bertemu stesen petrol yang masih dibuka. Saya rasa cukup bodoh dan mentertawakan diri diatas tindakan saya, saya akui, dalam berwaspada dan bertindak mengikut perancanganpun, kita masih boleh tersasar. Tetapi itu juga ilmu...