MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, February 9, 2010

15. FORMULA PENINGKATAN DAN KEMAJUAN


    
      Dalam usaha bisnes ini, ada banyak program, pendekatan atau formula tersedia untuk membantu kita membina dan mengembangkan perniagaan MLM tetapi akhirnya  terpulang kepada kita sendiri untuk menilai dan memilih  pendekatan/ formula untuk menjayakan perniagaan anda sendiri.

      Kita perlu berani berubah dan sanggup mengatasi apa sahaja halangan dalaman dan luaran yang boleh membantutkan usaha dan kita perlu berusaha dengan gigih pada setiap peringkat sehinggalah ke peringkat kecemerlangan dalam perniagaan ini. 

     Memang kita perlukan pemimpin dan pembimbing tetapi jika kita hanya mengharapkan sokongan dan bantuan semata-mata untuk menjayakan diri kita sendiri dan tidak boleh dan tidak mahu berdikari untuk membina dan mengembangkan organisasi sendiri, kita akan gagal. 

      Secara umumnya kita perlu melalui beberapa fasa untuk memanjat anak-anak tangga kejayaan yang mampu merubah keadaan kehidupan kita sendiri. Peringkat atau fasa kemajuan di dalam perniagaan MLM ini ialah:

1.      Mencari ilmu
     Ini adalah perkara pertama dan utama jika kita berhasrat untuk berjaya dan mahu menikmati imbuhan yang disediakan. Ramai orang yang merasa sudah tahu dan mahir tentang bisnes MLM dan cara menjalankannya walaupun mereka tidak banyak belajar. Jangan sesekali merasakan kita sudah tahu dan sudah pandai walaupun kita sudah banyak  dan lama belajar serta berpengalaman dalam bidang yang sama. Ilmu sentiasa berkembang dan tidak pernah habis. Dekatkan diri dengan pemimpin-pemimpin yang berilmu dan belajarlah dari mereka sebagai persediaan menaiki tangga-tangga kejayaan, untuk mengambil peranan dan memikul tanggung jawab sebagai pemimpin kepada seluruh oraganisasi sendiri di dalam perniagaan ini.

2.      Membina kumpulan.
     Kita perlu melantik  ramai orang menjadi rakan kongsi perniagaan kita. Berapa ramai? Tidak ada perkataan cukup di sini. Kita boleh belajar bagaimana untuk melakukannya tetapi terserahlah kepada kita untuk melakukannya. Kita tidak boleh berhenti melakukan penajaan untuk mengembangkan kumpulan sendiri walaupun pada satu ketika  kita sudah mempunyai ramai pemimpin dan organisasi kita boleh terus berkembang  tanpa penglibatan kita lagi. Tidak ada sebab kita perlu berhenti untuk terus membesarkan organisasi kita sendiri untuk menjejak kejayaan lebih tinggi dan menikmati faedah yang lebih besar serta melibatkan diri membantu rakan-rakan kongsi lain mencapai kejayaan.

3.      Sistem duplikasi.
     Kita tidak perlu mendulikasikan sepenuhnya diri kita yang unik. Keunikan itulah yang menjadi sumber kekuatan kita untuk  membina dan mengembangkan perniagaan sehingga berjaya. Apa yang perlu diduplikasikan ialah sistem perniagaan, sistem latihan dan alat bantu perniagaan untuk memberi peluang kepada semua rakan kongsi mencapai kejayaan. Dulpikasi ini akan mempercepatkan perkembangan bisnes dan proses ini mestilah berterusan. Pastikan juga rakan kongsi kita mematuhi sistem yang telah disediakan oleh pihak syarikat dan pemimpin supaya tidak timbul keadaan tidak bercelaru dan tidak diingini di kemudian hari. Kita mengikut sistem yang disediakan bukan kerana kita suka atau terpaksa tetapi untuk kemudahan dan kesenangan semua pihak.

4.      Team Building 
     Apabila kumpulan kita mula berkembang, kita perlulah mengenalpasti “bintang-bintang” dan berusaha melakukan aktiviti bersama mereka. Masa dan tenaga kita perlulah dicurahkan kepada rakan kongsi yang berkualiti. Walaupun kita memberikan alat bantu perniagaan dan layanan sama kepada semua rakan kongsi tetapi tumpukanlah perhatian berusaha bersama pemenang. Berusahalah dengan rakan kongsi yang bermotivasi dan melakukan aktiviti dengan konsisten. Jangan lupa berhubung dan memberi perkhidmatan baik kepada  rakan-rakan kongsi pengguna dan pasif kerana mereka akan menemukan kita dengan bakal-bakal bintang-bintang yang kita tidak kenal sebelum ini melalui mereka.

5.      Kepimpinan.
     Ini adalah bahagian terakhir dan terpenting untuk menjamin  pendapatan residual yang berterusan. Jangan jadi “Hero Hindustan” Kenali dan bentuklah pemimpin di kalangan bintang-bintang di dalam kumpulan. Bina pemimpin dari rakan kongsi yang aktif, dan adalah sangat penting kita tidak  sesekali mengganggu dan menyekat kemajuan  pemimpin yang kita bina sendiri  walaupun ke tahap lebih tinggi daripada kita sendiri. Bantu dan sokonglah pemimpin-pemimpin ini sedaya upaya kerana  ia akan memudahkan proses mereka melahirkan pemimpin-pemimpin baru di dalam kumpulan mereka di masa akan datang.

     Apabila kita menyedari bahawa saiz dan kemajuan kumpulan adalah bergantung kepada hasil usaha daripada beberapa orang pemimpin di dalam kumpulan kita, ia menjadi jelas yang kita perlulah mencari bilangan yang besar untuk mendapatkan pemimpin ini. Ramai orang yang tertanya-tanya  mengapa  rakan kongsi mereka tidak mahu melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan. Sebenarnya mereka tidak mahu berjaya dan tidak juga melakukan apa-apa.  Kita  yang mahu berjaya, kitalah  yang perlu melakukan dan mencari sehingga berjumpa dengan rakan-rakan kongsi yang mahu berjaya, mahu belajar dan mahu  melakukan...malangnya seringkali kita sendiri gagal mengenali atau ini  tidak melakukan apa-apa untuk menggilap bintang-bintang lalu mengabaikan sahaja bintang-bintang  yang telah sedia ada ini kerana tidak peka dan tidak memahami ciri-ciri orang yang hebat.

     Soalan biasa kita dengar ialah, berapa ramai  saya mesti cari?. Tiada siapa boleh memberikan jawapan tepat. Soalan yang bijak untuk diri sendiri ialah, apakah saya benar-benar mahu berjaya?.

Selamat berusaha...

Pengalaman peribadi;
     Semasa saya berada bersama pemimpin selepas satu aktiviti penajaan, saya mendengar beliau berbicara tentang penajaan dan membina kumpulan kepada seorang rakan lain. Beliau mengganggap penajaan sebagai satu proses membina sebuah rumah yang memerlukan kayu yang banyak. Bila kita ke hutan mencari kayu, kita tebang secukupnya pokok yang kita perlukan. Bawa balik dan pilihlah mengikut ketahanan dan kesesuaian kayu-kayu tersebut untuk dijadikan tiang, rasuk, lantai, dinding dan sebagainya. Yang baik dan lurus boleh dijadikan tiang sehinggalah  yang bengkok boleh dijadikan tiang  pagar dan bahagian yang tidak boleh digunakan lagi, boleh dijadikan kayu api. Tidak ada satu kayupun yang tidak berguna jika kita tahu menggunakannya. Saya tahu beliau bercakap kepada seorang rakan lain tetapi maksud ucapannnya menuju kepada saya.