MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, March 30, 2010

21. MEMBERI PANDANGAN DAN NASEHAT

    Semasa kita membina bisnes ini dan apabila bilangan rakan kongsi bertambah ramai, kita tidak boleh lari dari daripada terlibat memberikan panduan, cadangan dan nasehat. Walau bagaimanapun kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang suka ditegur lebih-lebih lagi dikritik. Kita mesti mempunyai keberanian untuk menegur rakan kongsi kita tanpa niat untuk menyinggung perasaan mereka lebih-lebih lagi secara terbuka.

    Sebahagian daripada masalah yang tidak boleh di biarkan dan perlu ditangani dengan lemah lembut dan berhemah di antaranya ialah.

  Soal intergriti, kejujuran dan pelangaran peraturan.
  Bertindak segera dan menepati masa
  Tanggungjawab kewangan
  Bersopan santun dan tidak kasar ( biadap)
  Sifat kesabaran
  Berusaha secara terancang dan teratur
  Emosi yang tidak stabil
  Kesihatan, ketrampilan dan pengurusan diri yang baik
  Topik-topik sensitif seperti Ugama dan politik
  Lawak jenaka yang tidak senonoh dan berbagai lagi

    Adalah mudah untuk tidak mengambil peduli tentang hal-hal peribadi seperti di atas kerana ia bukanlah urusan bisnes anda tetapi kita tidak boleh hanya memandang dan buat tidak tahu sahaja jika ada rakan kongsi kita melakukan bisnes dengan cara yang tidak betul dan tidak produktif kerana ia juga akan melibatkan bisnes dan reputasi kita sebagai pemimpin bisnes dan juga syarikat. Walau bagaimanapun berhati-hatilah memberikan nasehat dan pandangan supaya ianya tidak menyinggung perasaan dan merenggangkan perhubungan dan persahabatan.

    Cara yang terbaik ialah tidak memberikan nasehat dan pandangan secara terus tetapi cuba bertanya dan meminta idea dari mereka sendiri mengapa perkembangan bisnes mereka tidak seperti di harapkan. Berhati-hati memberikan pandangan anda kerana ianya mungkin akan mencalarkan ego rakan kita dan belum tentu idea yang kita berikan boleh diterima dengan senang hati.

    Pendekatan yang bersesuaian perlu menjadi perantara dalam menyampaikan idea anda untuk membetulkan keadaan. Mesej perlu sampai tanpa menjejaskan perasaan dan reputasi penerimanya.

Pengalaman peribadi:

Seorang rakan kongsi saya selalu memberikan idea bagaimana dia boleh maju dan cemerlang sekiranya syarikat membuat itu dan ini, begitu dan begini, memberi itu dan ini dan sebagainya lagi dan membandingkan kekurangan syarikat sendiri dengan keistimewaan syarikat-syarikat lain. Beliau mempunyai satu sifat mengetahui semuanya dan tidak mahu dan tidak perlu diberitahu. Saya kesihan kerana beliau disisihkan rakan kongsi sendiri dan akhirnya mengundur diri dari bisnes yang beliau bina walaupun ianya telah dan terus berkembang maju