MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Sunday, February 21, 2010

17. KEYAKINAN DIRI

     Dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, ada orang suka dan tidak suka, ada orang terima dan tolak, ada orang ikut dan ada yang menentang. Kepda yang tidak suka, menolak dan menentang, janganlah kita ambil hati. Asalkan kita yakin apa yang kita buat itu betul dan berfaedah, cukuplah. Ramai rakan saya yang kecewa dan tidak maju kerana dihantui penolakan dan tentangan saudara mara dan rakan lain. Saya tidak mengambil penolakan itu sebagai kegagalan dan kekecewaan.

     Menerima dan mengendalikan penolakan memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Ramai rakan kongsi yang ada bersama kita akan mengikut rentak dan kepimpinan kita kerana mereka percayakan kita. Bagaimanakah kita mengharapkan rakan kongsi akan mempercayai kita apabila ucapan dan tindakan kita menunjukkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana kita melihat diri kita sendiri akan mempengaruhi bagaimana orang lain melihat kita. Keyakinan diri akan diterjemahkan melalui cara berpakaian, bercakap dan bertindak. Berpakaian dan bercakap dengan nada keyakinan bukanlah berlagak tetapi ia bermakna kita menguasai keadaan.

     Pendapat dan rasa hati kita tentang diri anda sangat penting. Pendapat dan kritikan orang lain tidak mustahak dan tidak memberi kesan jika kita ada ilmu dan pegangan serta keyakinan diri dalam apa yang kita lakukan dan mahu memajukan diri. Semua ini memerlukan didikan, latihan dan ujian. Lebih banyak kita melakukan latihan misalnya dalam membentangkan pelan perniagaan atau memperkenalkan produk yang kita jual, keyakinan kita akan bertambah dan kita akan lebih berani berdepan dengan semua kategori orang dalam semua keadaan.

      Ingatlah, jika ada prospek yang tidak mahu menyertai kita, bukan bermakna perniagaan MLM ini tidak betul atau syarikat perniagaan kita tidak baik, atau kumpulan kita atau diri kita sendiri tidak efektif. Adalah sesuatu tentang diri mereka sendiri. mungkin mereka tidak percaya kerana tidak faham tentang bisnes ini atau mereka tidak berkepentingan untuk melakukan bisnes ini walaupun kita nampak mereka berpotensi untuk maju dalam bisnes ini. Kita bukanlah berhasrat untuk meminta-minta dan tidak berharap juga kepada orang yang hanya meminta-minta.Tinggalkan mereka untuk sementara waktu dan bergeraklah kepada prospek yang seterusnya.

      Usaha kita menuju ke kemuncak kejayaan tidak banyak bergantung kepada faktor luaran tetapi faktor diri sendiri, fizikal dan spiritual. Hati kita sahajalah yang tahu samada kita melakukan aktiviti yang betul dengan tekun, samada kita di landasan yang betul untuk mencapai matlamat, samada kita boleh mencapai status tertentu dalam masa tertentu, samada kita merasakan boleh atau tidak boleh, apapun yang kita rasakan, semuanya adalah betul dan tepat. Kita tidak boleh menipu diri !!.

     Kita adalah dalam satu bisnes mencari dan membina pemimpin dan proses meniti dan merasai kemajuan, bukan hanya kemajuan bisnes tetapi kemajuan diri yang menyeluruh.

     Kita tidak boleh mengajar dan menyuruh, merayu atau mengupah rakan kongsi untuk melakukan bisnes ini, kita hanya boleh cuba mempengaruhi rakan kongsi kita untuk mengikuti jejak yang kita lakukan untuk mencapai kemajuan. Ada di antara kita yang cuba menunjukkan baik hati dan berjanji serta melakukan apa sahaja untuk mengambil hati rakan kongsi mereka supaya rakan kongsi menyukai mereka. Ia tidak akan berhasil.

     Cara yang terbaik ialah memberikan nasehat yang logik dan jelas sambil menanamkan sifat keyakinan dan mempercayai diri sendiri kepada rakan kongsi . Gunakanlah kaedah “soal dan jawab” untuk mendekati dam memahami kehendak rakan kongsi kerana dengan cara ini kita akan menguasai keadaan dan memperlihatkan keyakinan diri kita pada mata dan hati rakan kongsi kita.
.
Pengalaman peribadi

     Awal Januari lalu dalam perjumpaan mingguan, saya bertemu dengan seorang rakan kongsi baru seorang pemimpin saya yang berasal dari luar Negara dan datang Ke Malaysia sebagai pekerja am. Saya perhatikan beliau memakai pakaian seperti pekerja datang ke pejabat pada perjumpaan pertama itu. Beliau membawa beberapa prospek pada minggu-minggu berikutnya dan memakai tali leher pada minggu ke empat. Saya membawa beliau semasa mengadakan satu seminar di pantai Timur dan beliau telah berani berkongsi sedikit pengalaman di seminar tersebut. Apabila saya memperkenalkan beliau baru sebulan dalam bisnes ini dan akan berusaha mencapai Star diamond dalam tahun ini, semua peserta seminar yang telah lebih lama dalam bisnes ini nampak terkejut. Saya akui, saya tertarik dengan beliau kerana penampilan yang profesional dan keyakinan diri yang tinggi. Sekarang beliau berusaha setiap hari untuk meealisasikan matlamat ke Star Diamond yang beliau janjikan pada tahun 2010 ini. 
Selamat berusaha dan Selamat maju Jaya untuk saudara Zaw OO.

Tuesday, February 16, 2010

16. ANGKA @ NOMBOR


     Perniagaan adalah permainan angka ( number game ). Kira-kira. Betul dan logik tetapi janganlah beremosi.  Membina perniagaan ini juga adalah permainan angka walaupun buka angka nombor ekor atau toto. Saya suka mengambil contoh permainan daun terup. Setiap set daun terup ini mempunyai 52 kad dan ada 4 ace ( ace ini diibaratkan bintang Berlian). Saya  mahu mendapatkan  4 ace yang memang ada dalam setiap susunan. Saya merasakan setiap ace itu bernilai RM 100,000.00.  Saya tahu ingat bahawa ke empat-empat  ace mungkin terdapat dimana-mana dan mungkin di bahagian bawah susunan. Ramai orang yang tahu hakikat ini tetapi merasa kecewa apabila harapan menemukan ace setelah membuka beberapa keping kad gagal. Berpindahlah mereka ke susunan kad yang lain untuk mencuba nasib mendapatkan ace dengan bukaan yang pertama yang menjanjikan keuntungan lumayan serta merta.  Saya akui Kata perumpamaan “ batu yang bergolek, tidak akan mengumpulkan lumut” 

     Peniaga MLM pada peringkat awal mempunyai emosi yang tidak stabil dan niat yang berbagai. Ada rakan kongsi saya yang menyertai MLM berniat mencari jalan keluar rumah, meminjam wang,  dapat makan percuma, mencari suami, menjadi penceramah !!!  dan berbagai lagi. Ramai yang berjaya memenuhi niat tersebut dan terus hilang.

     Sebagai orang baru dalam industri yang terancam dengan berbagai kisah penipuan ini ( banyak syarikat dan ramai orang pandai bercakap tentang MLM ), meraka akan mula memperkenalkan bisnes mereka kepada orang terdekat, dan pandangan orang terdekat ini biasanya sangat mempengaruhi kita. Secara logiknya, kalaulah orang yang mengenali dan menyayangi kita tidak mahu menyertai, memberi sokongan dan galakan, siapakah yang mahu?.

      Kadangkala kita membuka satu  kad yang bukan ace tetapi terus memegang kad itu dengan harapan ia boleh bertukar menjadi ace.  Itu mustahil.  Kita tidak boleh mengubah apa-apa tentang orang lain jika mereka sendiri tidak mahu berubah. Orang yang tidak mahu menjadi rakan kongsi kita, biarkan mereka dengan keputusan dan pendirian mereka.  Jangan kecewa. Saya katakan kepada diri saya  “ saya akan terus berusaha mencapai kejayaan, samada anda bersama atau tidak”. Teruskan dengan cepat membuka kad-kad seterusnya untuk mendapatkan ace. Jangan was-was kerana ia menjadikan kita sendiri dikuasai unsur-unsur negatif dan membuang masa. Kita tidak perlulah mencari alasan atau jawapan mengapa seseorang itu tidak mahu.

     Jangan cepat teruja atau terpengaruh dengan hasil yang diperolehi pada peringkat awal. Ada masanya kita akan merasai telah menemui ace kerana mendengar kata-kata prospek kita yang cukup bersemangat tetapi mereka tidak melakukan apa-apapun untuk memajukan diri dan terus hilang selepas 3 bulan. Kalaupun kita tahu sebabnya, tidak payahlah diwar-warkan...

     Mempunyai mentor yang baik dan mengikut nasehat mereka memberi peluang kita untuk memilih mana-mana kad dalu dalam susunan kad  tanpa perlu membuka satu persatu dari bahagian atas. Walau bagaimanapun ia bukan bermakna kita tidak perlu membuka kad tersebut tetapi berpeluang memilih mana-mana kad yang kita suka terlebih dulu. Mendengar nasehat mentor umpama mengenepikan beberapa kad yang pasti bukan ace dari susunan untuk memudahkan usaha. Berusaha tanpa panduan mentor (guru ) ibarat membuka satu kad, meletakkan semula di bahagian atas dalam susunan dan membuka semula kad yang sama  berkali-kali. Pelik tapi ia berlaku kepada rakan kongsi saya yang merasakan dirinya berilmu dan hebat.  

     Ada di antara kita yang tidak mengenali apa itu ace walaupun telah membuka dan menemui ace. Ini biasa terjadi kerana kita sendiri adalah orang baru, bukan bertaraf pemimpin dan tidak mahu memperkenalkan rakan kongsi ace kepada guru kita kerana kita tidak  ada hubungan baik dengan pemimpin kita sendiri. Ada ketikanya rakan kongsi ace kita akan mempertikaikan berbagai tindakan kita sendiri kepada rakan kongsi atau pemimpin lain.  Kita rasa diri kita hero, tetapi komplain yang munasabah dari rakan kongsi sendiri, datang bersusun-susun.
 
     Ada orang yang berkata, “alangkah baiknya jika saya boleh meneka di mana letaknya ace itu dan terus mengambilnya. Saya akan berjaya sampai ke kemuncak kejayaan tanpa perlu melalui semua proses dan aktiviti yang seharusnya dilakukan”. Berita baiknya ialah, kemugkinannya memang ada tetapi kita perlulah memulakan langkah pertama. Apakah langkah penting yang diambil oleh Edmond Hillary untuk mendaki sampai ke kemuncak  Everest. Langkah pertama atau langkah akhir?. Jika dia tidak memulakan langkah pertama dengan niat yang betul, dia tidak boleh sampai, harus diingatkan bahawa ada masanya dia perlulah mengikut jejak-jejak yang betul melalui pedoman persekitaran dan rasa hati sendiri untuk sampai ke matlamat. Keutamaannya ialah memulakan langkah dan melangkah ke arah yang betul !!! Adakah langkah terakhir itu  tidak penting ?. Memang penting!. Jika tidak kerana langkah terakhir itu,  dia tidak akan sampai ke kemuncak walaupun telah melangkah beribu-ribu langkah. Sebenarnya tidak ada satu langkah yang lebih penting dari yang lain, tiap-tiap langkah itulah yang  merealisasikan impian sampai ke kemuncak: ia satu proses.

     Menjadi pemimpin yang baik dan dinamik juga adalah satu proses. Jika kita tidak melalui proses tersebut, tidak mungkin kita mempunyai ilmu dan pengalaman untuk memimpin rakan kongsi lain mencapai ke kemuncak. 

Selamat berusaha.

Pengalaman peribadi

     Saya mempunyai beberapa beradik dan 6 orang ipar serta ramai ahli keluarga yang lain. Tidak ada seorangpun yang mahu menyertai saya dalam bisnes atau memberikan sokongan moral. Ada yang bertindak menyertai bisnes MLM yang lain dengan alasan bisnes tersebut lebih menarik, mudah  dan lumayan. Adalah sesekali mereka membeli dengan harga diskaun. Kalau dulu mempertikaikan tindakan saya membuat kerja bodoh, tetapi sekarang banyak kata-kata yang berirama sindiran. Saya mengakui banyak belajar dari saudara mara tentang nilai ketahanan dan kejayaan.

     Saya mahukan kejayaan,  saya mahukan kehidupan yang baik. Saya perlu melakukan. Saya perlu melakukan banyak presentasi untuk memperkenalkan bisnes saya kepada lebih ramai orang. Saya perlu bergerak ratusan ribu kilometer. Saya sanggup lakukan. Datanglah cabaran apa saja, “No problem”

Tuesday, February 9, 2010

15. FORMULA PENINGKATAN DAN KEMAJUAN


    
      Dalam usaha bisnes ini, ada banyak program, pendekatan atau formula tersedia untuk membantu kita membina dan mengembangkan perniagaan MLM tetapi akhirnya  terpulang kepada kita sendiri untuk menilai dan memilih  pendekatan/ formula untuk menjayakan perniagaan anda sendiri.

      Kita perlu berani berubah dan sanggup mengatasi apa sahaja halangan dalaman dan luaran yang boleh membantutkan usaha dan kita perlu berusaha dengan gigih pada setiap peringkat sehinggalah ke peringkat kecemerlangan dalam perniagaan ini. 

     Memang kita perlukan pemimpin dan pembimbing tetapi jika kita hanya mengharapkan sokongan dan bantuan semata-mata untuk menjayakan diri kita sendiri dan tidak boleh dan tidak mahu berdikari untuk membina dan mengembangkan organisasi sendiri, kita akan gagal. 

      Secara umumnya kita perlu melalui beberapa fasa untuk memanjat anak-anak tangga kejayaan yang mampu merubah keadaan kehidupan kita sendiri. Peringkat atau fasa kemajuan di dalam perniagaan MLM ini ialah:

1.      Mencari ilmu
     Ini adalah perkara pertama dan utama jika kita berhasrat untuk berjaya dan mahu menikmati imbuhan yang disediakan. Ramai orang yang merasa sudah tahu dan mahir tentang bisnes MLM dan cara menjalankannya walaupun mereka tidak banyak belajar. Jangan sesekali merasakan kita sudah tahu dan sudah pandai walaupun kita sudah banyak  dan lama belajar serta berpengalaman dalam bidang yang sama. Ilmu sentiasa berkembang dan tidak pernah habis. Dekatkan diri dengan pemimpin-pemimpin yang berilmu dan belajarlah dari mereka sebagai persediaan menaiki tangga-tangga kejayaan, untuk mengambil peranan dan memikul tanggung jawab sebagai pemimpin kepada seluruh oraganisasi sendiri di dalam perniagaan ini.

2.      Membina kumpulan.
     Kita perlu melantik  ramai orang menjadi rakan kongsi perniagaan kita. Berapa ramai? Tidak ada perkataan cukup di sini. Kita boleh belajar bagaimana untuk melakukannya tetapi terserahlah kepada kita untuk melakukannya. Kita tidak boleh berhenti melakukan penajaan untuk mengembangkan kumpulan sendiri walaupun pada satu ketika  kita sudah mempunyai ramai pemimpin dan organisasi kita boleh terus berkembang  tanpa penglibatan kita lagi. Tidak ada sebab kita perlu berhenti untuk terus membesarkan organisasi kita sendiri untuk menjejak kejayaan lebih tinggi dan menikmati faedah yang lebih besar serta melibatkan diri membantu rakan-rakan kongsi lain mencapai kejayaan.

3.      Sistem duplikasi.
     Kita tidak perlu mendulikasikan sepenuhnya diri kita yang unik. Keunikan itulah yang menjadi sumber kekuatan kita untuk  membina dan mengembangkan perniagaan sehingga berjaya. Apa yang perlu diduplikasikan ialah sistem perniagaan, sistem latihan dan alat bantu perniagaan untuk memberi peluang kepada semua rakan kongsi mencapai kejayaan. Dulpikasi ini akan mempercepatkan perkembangan bisnes dan proses ini mestilah berterusan. Pastikan juga rakan kongsi kita mematuhi sistem yang telah disediakan oleh pihak syarikat dan pemimpin supaya tidak timbul keadaan tidak bercelaru dan tidak diingini di kemudian hari. Kita mengikut sistem yang disediakan bukan kerana kita suka atau terpaksa tetapi untuk kemudahan dan kesenangan semua pihak.

4.      Team Building 
     Apabila kumpulan kita mula berkembang, kita perlulah mengenalpasti “bintang-bintang” dan berusaha melakukan aktiviti bersama mereka. Masa dan tenaga kita perlulah dicurahkan kepada rakan kongsi yang berkualiti. Walaupun kita memberikan alat bantu perniagaan dan layanan sama kepada semua rakan kongsi tetapi tumpukanlah perhatian berusaha bersama pemenang. Berusahalah dengan rakan kongsi yang bermotivasi dan melakukan aktiviti dengan konsisten. Jangan lupa berhubung dan memberi perkhidmatan baik kepada  rakan-rakan kongsi pengguna dan pasif kerana mereka akan menemukan kita dengan bakal-bakal bintang-bintang yang kita tidak kenal sebelum ini melalui mereka.

5.      Kepimpinan.
     Ini adalah bahagian terakhir dan terpenting untuk menjamin  pendapatan residual yang berterusan. Jangan jadi “Hero Hindustan” Kenali dan bentuklah pemimpin di kalangan bintang-bintang di dalam kumpulan. Bina pemimpin dari rakan kongsi yang aktif, dan adalah sangat penting kita tidak  sesekali mengganggu dan menyekat kemajuan  pemimpin yang kita bina sendiri  walaupun ke tahap lebih tinggi daripada kita sendiri. Bantu dan sokonglah pemimpin-pemimpin ini sedaya upaya kerana  ia akan memudahkan proses mereka melahirkan pemimpin-pemimpin baru di dalam kumpulan mereka di masa akan datang.

     Apabila kita menyedari bahawa saiz dan kemajuan kumpulan adalah bergantung kepada hasil usaha daripada beberapa orang pemimpin di dalam kumpulan kita, ia menjadi jelas yang kita perlulah mencari bilangan yang besar untuk mendapatkan pemimpin ini. Ramai orang yang tertanya-tanya  mengapa  rakan kongsi mereka tidak mahu melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan. Sebenarnya mereka tidak mahu berjaya dan tidak juga melakukan apa-apa.  Kita  yang mahu berjaya, kitalah  yang perlu melakukan dan mencari sehingga berjumpa dengan rakan-rakan kongsi yang mahu berjaya, mahu belajar dan mahu  melakukan...malangnya seringkali kita sendiri gagal mengenali atau ini  tidak melakukan apa-apa untuk menggilap bintang-bintang lalu mengabaikan sahaja bintang-bintang  yang telah sedia ada ini kerana tidak peka dan tidak memahami ciri-ciri orang yang hebat.

     Soalan biasa kita dengar ialah, berapa ramai  saya mesti cari?. Tiada siapa boleh memberikan jawapan tepat. Soalan yang bijak untuk diri sendiri ialah, apakah saya benar-benar mahu berjaya?.

Selamat berusaha...

Pengalaman peribadi;
     Semasa saya berada bersama pemimpin selepas satu aktiviti penajaan, saya mendengar beliau berbicara tentang penajaan dan membina kumpulan kepada seorang rakan lain. Beliau mengganggap penajaan sebagai satu proses membina sebuah rumah yang memerlukan kayu yang banyak. Bila kita ke hutan mencari kayu, kita tebang secukupnya pokok yang kita perlukan. Bawa balik dan pilihlah mengikut ketahanan dan kesesuaian kayu-kayu tersebut untuk dijadikan tiang, rasuk, lantai, dinding dan sebagainya. Yang baik dan lurus boleh dijadikan tiang sehinggalah  yang bengkok boleh dijadikan tiang  pagar dan bahagian yang tidak boleh digunakan lagi, boleh dijadikan kayu api. Tidak ada satu kayupun yang tidak berguna jika kita tahu menggunakannya. Saya tahu beliau bercakap kepada seorang rakan lain tetapi maksud ucapannnya menuju kepada saya.

Wednesday, February 3, 2010

14. MEMILIH PASANGAN TERBAIK.

     PENGIKUT DAN PEMIMPIN
     Kedua-duanya adalah sangat berkaitan. Pemimpin juga adalah pengikut, mungkin mengikuti ilmu, cara dan pendekatan pemimpin yang terdahulu. Seorang pemimpin bermula sebagai pengikut. Pemimpin yang baik bermula sebagai pengikut yang baik. Pengikut yang baik akan mengikut jejak langkah pemimpin menjadi pemimpin malah mungkin menjadi lebih dinamik dan cemerlang dengan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu dengan penambahbaikan yang bersesuaian mengikut perubahan masa dan keadaan. Di antara ciri-ciri pemimpin yang baik adalah:
BERILMU
     Kita perlu mencari mencari seorang pemimpin yang berilmu, pemimpin yang suka mencari dan berkongsi ilmu dengan orang lain secara ikhlas. Pemimpin yang berilmu akan berindak mengikut paraturan dan undang-undang dan sentiasa merendah diri, menghormati setiap orang lain serta tidak mempergunakan pengikutnya demi kepentingan peribadi. Pemimpin yang berilmu boleh memberikan pandangan, saranan, nasehat, sokongan dan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan pengikut-pengikutnya yang beranika ragam. Pemimpin yang berilmu juga dapat menyelami tujuan dan isihati yang terselindung di sebalik apa yang ditunjukkan melalui tuturkata dan pergerakan fizikal setiap pengikutnya. Satu ilmu yang paling berguna kepada pemimpin yang menjadi sanjungan ialah ilmu kemanusiaan. Ilmu ini tidak diajar dimana-mana sekolah atau universiti. Ilmu ini membolehkan pemimpin tersebut menerajui organisasi yang besar dan maju dengan tenang dan tabah.
ADIL DAN MEMAHAMI 
     Sebagai pemimpin, Adakah orang lain suka berada bersama dan mudah berbual dengan anda? Adakah anda melayan orang lain seadilnya sebagaimana anda mahu dilayan? Sikap tidak bertimbang rasa dan suka tidak menghormati orang lain akan menjadi tembok penghadang perhubungan antara kita dengan orang lain. Adakah anda mengkritik orang lain secara persendirian?. Sementara pengikhtirafan secara umum mejdi peransang kepada orang lain untuk menjadi lebih cemerlang, kritikan terbuka akan memalukan dan membunuh semangat seseorang. angkatlah seseorang ke kedudukan yang sesuai berdasarkan ilmu dan kebolehan seseorang, bukan kerana perhubungan persaudaraan atau kerana disukai ramai.
WAWASAN YANG JELAS
     Seorang pemimpin mesti mempunyai wawasan besar dan jelas yang boleh dikongsikan bersama pengikutnya. Adakah anda memperuntukkan masa untuk berkongsikan wawasan, matlamat dan cita-cita anda dengan orang lain?. Tugas anda sebagai pemimpin adalah menunjukkan wawasan yang jelas kepada semua pengikut. Mereka juga perlu mengetahui mengapa wawasan yang anda bina perlu diikuti dan bernilai tinggi kepada mereka.
BERFIKIRAN TERBUKA
     Seorang pemimpin perlu berfikiran waras dan terbuka. Adakah anda bersedia untuk mendengar cakap dan menerima pendapat orang lain? Pemimpin juga mesti bersedia menerima teguran dan kritikan dari pihak lain. Pengikut juga harus berlapang dada menerima teguran dari pemimpin untuk kebaikan. Adakah anda akan melaksanakan cadangan baik yang diberikan oleh pengikut anda?. Jika anda seorang yang pentingkan agenda peribadi, pengikut anda akan hilang semangat dan kepercayaan kepada anda. Anda juga perlu mengenal pasti dan menghargai potensi kekuatan dan sumbangan setiap orang yang menjalankan perniagaan bersama anda.

BERIKAN SOKONGAN DAN GALAKKAN
     Adakah anda memberikan ruang yang sebaiknya untuk semua pengikut anda membuat rancangan dan bertindak? Adakah anda memberikan pengikhtirafan kepada setiap pencapaian dan kemajuan walaupun kecil?. Adakah pengikut anda merasaakan bahawa setiap kesilapan yang terjadi mudah di betulkan, dimaafkan dan dilupakan?. Setiap orang dalam organisasi anda perlu merasa gembira untuk melakukan sesuatu aktiviti yang anda cadangkan secara bersungguh-sungguh.
     Ada banyak lagi ciri-ciri kepimpinan yang perlu dipelajari dan dimiliki untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Sebagai pengikut yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan, cuba belajar dari pemimpin anda dengan sebaik-baiknya selagi pemimpin tersebut tidak melakukan sesuatu yang salah di segi peraturan, moral dan agama. Apabila mendengar dan menrima sesuatu cadangan dari pihak lain, cuba fikirkan dengan sebaik-baiknya dan jangan terus ditelan bulat-bulat. Perkara yang baik bolehlah diikuti dan dikongsikan kepada rakan-rakan lain, perkara yang diragukan perlulah dirujuk dulu kepada pemimpin sendiri untuk mendapatkan paandangan dan kepastian dan perkara yang diketahui tidak baik perlulah dibuang dengan segera. Dalam situasi sekarang ini, ramai orang mudah terpengaruh dengan pidato bernas pemimpin-pemimpin yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan peribadi dan menjatuhkan orang lain.
     Sebagai pemimpin, kita mungkin mempunyai ramai pengikut tetapi carilah antara 4 hingga 6 orang pada sesuatu masa untuk diberikan sokongan dan bantuan sehinggalah mereka ini mampu berdikari dan mampu memimpin sebelum beralih kepada pengikut yang seterusnya. Kita tidak mungkin mampu memberikan bantuan dan perhatian kepada semua rakan kongsi mencapai kejayaan walaupun kita berhasrat mahu membantu mereka semua. Siapakah yang sebaiknya dipilih? Carilah rakan yang positif dan mahu memajukan diri sendiri, sukakan ilmu dan sanggup meninggalkan keselesaan sementara untuk mencipta kejayaan. Jauhi dari pengikut yang opportunis atau yang mengharapkan orang lain menjayakan diri mereka.
     Bersabarlah dan teruskan perjuangan anda dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.
     Selamat menjadi pengikut dan selamat memimpin.
Pengalaman peribadi
Saya belajar dan berlatih ilmu bisnes ini dengan pemimpin saya dari hari pertama sehingga sekarang ini dan berharap untuk terus belajar dari beliau sepanjang hayat. Banyak nasehat, tunjuk ajar, sokongan dan bantuan telah diberikan kepada saya secara jujur dan ikhlas. Ilmu yang terbaik ialah bagaimana menjadi orang  yang sentiasa positif, melakukan aktiviti dengan ikhlas dan sanggup menerima penolakan dan kritikan dengan hati terbuka serta mensyukuri apa yang kita ada. Beliau tidak pernah minta apa-apa dari saya walaupun secawan kopi dan mengingatkan kejayaan yang diperolehi adalah  untuk menjayakan lebih ramai orang lain. Saya akur.

Monday, February 1, 2010

13 MEMILIH PASANGAN TERBAIK


 
pasangan yang bahagia (gambar hiasan)
     
Kita mahukan pasangan hidup yang terbaik  yang mampu memberikan kebahagian sepanjang hidup tetapi sekiranya kita tidak membuat pilihan yang tepat dan hanya berserah sepenuhnya kepada takdir walhal kita mempunyai pancaindera, fikiran dan hati untuk membuat penilaian yang sewajarnya demi untuk kebaikan diri kita sendiri.

     Untuk memilih pasangan yang baik, jujur, ikhlas dan menyayangi kita sepenuhnya, diri kita sendiri mesti memiliki sifat –sifat yang sama. Tidak mungkin pihak lain akan mahu berpasangan dengan kita sekiranya kita sendiri selalu mengkhianati perhubungan yang dibina.

     Saya tidak berniat untuk  menyentuh tentang memilih pasangan hidup suami-isteri tetapi pasangan hidup kerjaya perniagaan kita untuk mempastikan usaha kita membuahkan kejayaan dan hasil yang lumayan secara berterusan sepanjang hayat, Inshaallah. Fikirlah sebaiknya sebelum memilih dan memulakan kerjaya ini.

     Pencapaian cemerlang dalam kerjaya MLM berkait rapat dengan kemampuan kita memilih pasangan yang betul, antaranya ialah Syarikat kita sertai, pemimpin yang kita ikuti, rakan kongsi yang kita bimbingi. 

1.       PASANGAN DENGAN SYARIKAT

     Banyak Syarikat MLM di Malaysia ini. Ada syarikat MLM yang murni, ada syarikat yang mempergunakan istilah MLM tetapi tidak beroperasi dengan sistem MLM. Ada syarikat bukan MLM yang beroperasi menggunakan sistem MLM malah ada syarikat “skim cepat kaya” yang mengakui sebagai syarikat MLM. Satu kajian sebuah badan bebas di Amerika syarikat menunjukkan 90 % daripada syarikat MLM berkubur dalam masa 18 bulan sahaja selepas mula beroperasi. Adalah mustahak kita memilih pasangan yang terbaik supaya usaha kita tidak sia-sia. Faktor kekuatan sesebuah syarikat MLM ialah:
Ø  Syarikat yang mempunyai rekod kemajuan yang baik selama 3 tahun. Ini membuktikan syarikat tersebut adalah sebuah perniagaan yang  yang kukuh.
Ø  Modal perniagaan yang kukuh. Ada Syarikat tidak mempunyai asas kewangan yang baik tetapi bermula dengan sedikit modal dan banyak bergantung kepada sumbangan modal pihak bank atau pelabur kecil ( selalunya pengedar menjadi pelabur).
Ø  Pemilik syarikat terlibat sepenuhnya dalam urusan syarikat. Ada pemilik syarikat atau pihak pengurusan yang tidak tahu dan tidak berpengalaman dalam industri MLM. Pemilik memulakan perniagaan untuk mencuba nasib dan mengambil beberapa rakan untuk bersama menguruskan perniagaan tersebut. Kadangkala, pemilik  hanya mahu syarikat beroperasi beberapa bulan sahaja dan akan menutup perniagaan setelah mendapat keuntungan  yang diharapkan.
Ø  Syarikat memgeluarkan produk sendiri. Kebanyakan syarikat adalah “Trading company” yang mengedarkan  produk dari pengeluar lain. Seringkali, pengedar akan bersaing dengan produk yang sama (dari pengeluar yang sama) walaupun dengan jenama yang berlainan.  Pengeluar boleh bertindak berhenti membekalkan produk kepada syarikat MLM anda apabila syarikat MLM anda tidak dapat memenuhi permintaan pihak pengeluar.
Ø  Produk yang unik dan mempunyai pasaran yang luas. Pastikan Syarikat MLM tersebut memiliki produk yang unik dan mendapat pengikhtirafan Antarabangsa serta sebaiknya produk tersebut ada tanggungan insuran. Apabila pihak Insuran boleh memberikan perlindungan kepada produk tersebut bermakna produk tersebut adalah berkualiti.
Ø  Syarikat yang menawarkan kepastian kejayaan dan  kemewahan  serta merta. Jauhkan diri dari syarikat dan pemimpin yang menjanjikan anda tidak perlu mengedarkan produk, yang berjanji akan memberikan keuntungan berganda-ganda dan seumur hidup dengan sekali pembelian sahaja. Banyak syarikat ‘terbang malam” yang menjanjikan sistem 4 D ( duduk diam dapat duit )
Ø  Produk keperluan masyarakat. Sebaiknya cuba berusaha bersama syarikat yang mengeluarkan produk keperluan asas yang diperlukan oleh masyarakat sebagai pengguna walaupun mereka tidak berminat dengan bisnes. Kita perlukan produk yang laku bukan syarikat yang sentiasa mengeluarkan produk baru.
Ø  Perhatikan pembelian produk bulanan minima yang perlu dibuat setiap pengedar. Jika belian minima bulanan mencecah tiga ratus ringgit, mungkin ramai pengedar yang tidak mampu memenuhinya.
Ø  Pelan permasaran syarikat perlu diketahui dan difahami. Ukur pelan tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri. Nilailah berapa banyak usaha wang dan masa yang perlu anda laburkan untuk mencapai pendapatan dan matlamat tertentu. Janganlah berusaha seperti permainan memanjat atau meniti tiang yang licin, terlalu payah sampai ke destinasi.
Ø  Berapa banyak modal untuk memulakan bisnes MLM ini?. Di Malaysia, biasanya kurang dari RM 100.00.  Jika kita terpaksa membeli produk sehingga perlu meminjam dari syarikat kewangan untuk mengikuti skim-skim tertentu dengan janji kereta Mercedes dan BMW, berhati-hatilah.

     Pilihlah pasangan yang tepat dan mulakan langkah dari sekarang.
bersambung....