MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Wednesday, December 23, 2009

4: GURU: PENDIDIKKU

     Kita sudah berada di landasan yang betul apabila ada keinginan yang kukuh untuk merealisasikan impian. Bagaimana mahu “take-off”? Kita mahu melakukan sesuatu tetapi tidak tahu atau tidak pandai mahu melakukannya. Cuba bayangkan bagaimana kita mahu pergi ke satu tempat baru dan asing hanya berpandu kepada agak-agak sahaja.  Kita boleh sampai jua setelah melalui perjalanan yang berbelit-belit, memakan masa yang panjang dan pelaburan wang yang banyak !. Sebab itu anak-anak di hantar ke sekolah......

       Kita perlukan GURU, kita perlu mencari GURU. Ada istilah baru iaitu MENTOR atau COACH. Bertuahlah orang yang memiliki GURU yang baik dan ikhlas. GURU yang baik akan memberitahu perkara yang  kita perlu tahu dan menunjukkan cara melakukan sesuatu dengan betul dan baik serta cantik, samada kita suka atau tidak.... bukan menyatakan apa yang kita suka dengar dan mengiakan apa yang kita suka buat sahaja dan jauh sekali mengikut sahaja apa cakap dan kemahuan kita.
 
     GURU yang baik akan bercakap perkara yang benar dengan perasaan kasih sayang dan disampaikan mengikut perspektif yang betul melalui rasa hati yang ikhlas sehingga kita tidak mencurigai ilmu dan nasihat yang dicurahkan.

     Tidak perlulah kita mencari GURU yang sempurna. Kita juga tidak perlu menyukai GURU kita. Memadailah kita telah menemui dan diterima oleh seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang mahu kita ceburi dan boleh dipercayai serta kejayaannya boleh kita tiru.

     GURU bukan ibu-bapa kita atau orang gaji kita. Mereka bukanlah orang yang boleh membuat perkara-perkara yang kita sendiri tidak mahu lakukan. Janganlah mengharapkan mereka melakukan sesuatu untuk kita yang kita sendiri tidak mahu lakukan. Ingatlah, GURU ialah orang yang boleh memberikan tunjukajar dan nasihat terbaik. Peranannya ialah memimpin kita sepanjang perjalanan ke garisan penamat. GURU boleh memberikan nasihat terbaik, GURU boleh memberi sumbangan kepada kejayaan kita tetapi GURU tidak boleh menjadikan kita orang berjaya. Peranan GURU hanya akan berkesan apabila kita sudah sedia untuk belajar... 
     
     Cara terbaik untuk mendapatkan ilmu dari GURU adalah dengan menghadiri kelas dan menemui mereka secara peribadi apabila kita ada sesuatu rancangan atau masalah yang timbul. Mintalah nasehat GURU kita samada rancangan tersebut sesuai untuk dilaksanakan. Jangan datang bawa masalah atau minta GURU selesaikan masalah kita. Pergilah kepada GURU bersama beberapa cara yang  difikirkan sesuai untuk menyelesaikan masalah dan minta nasehat beliau kaedah penyelesaian yang terbaik. Jangan terkejut atau kecewa jika GURU memberikan rancangan tindakan yang berlainan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang agak berbeza!. Ingatlah, GURU itu lebih berilmu dan berpengalaman.      Saya pastikan telah memberitahu, mendapat nasehat dan restu dari GURU saya sebelum melaksanakan sesuatu rancangan tindakan atau memilih jalan penyelesaian masalah yang saya hadapi.

     Jangan sekali-kali mengambil kesempatan atau mengambil mudah dengan bantuan dan nasehat GURU. GURU bukan hak milik peribadi. GURU tersebut mungkin mempunyai ramai anak murid lain yang memerlukan perhatian dan sokongan.

     Ikutlah cakap GURU. Hargailah tunjuk ajar GURU, hargailah masa GURU, hormatilah hak peribadi GURU, ingatlah budi dan jasa GURU, hormatilah dan sayangilah GURU seperti mana kita mahu dihormati di masa akan datang apabila kita sendiri telah menjadi GURU. Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan sepenuhnya dan ikhlas  kepada kredibiliti GURU kita di hadapan rakan-rakan dan kenalan lain dengan harapan supaya GURU tersebut terus menerima kita sebagai murid sepanjang hayat serta boleh menerima rakan- rakan kita sebagai anak murid dan mendapat didikan yang sempurna dari  GURU yang sama.

Pengalaman peribadi
     Dari hari pertama saya bersama perniagaan DXN, saya mendapat didikan, bimbingan  dan nasehat dari GURU saya iaitu Mr dan Mrs Lee ( 229 ), bekas  pensyarah yang bersara awal. Bukanlah saya tidak belajar dari GURU yang lain tetapi Mr Lee dan isteri GURU nombor 1 saya. Ikhlas saya mengakui, saya murid paling degil...Mereka berdua telah banyak dan tidak pernah jemu dan cukup sabar berusaha memberikan memaqinkan peranan sebagai GURU sehingga sekarang. Saya dapat rasakan kesungguhan dan keikhlasan mereka berdua yang betul-betul mahu saya berjaya!!. 

     Saya menghormati dan menghargai mereka kerana  menunjukkan jalan yang terbaik untuk mencapai kejayaan, mereka mempunyai prinsip hidup yang cemerlang dengan meletakkan kebenaran sebagai keutamaan, kebaikan jangka panjang sebagai penentu sesuatu keputusan, kemesraan perhubungan sesama manusia sebagai  motto hidup dan pencapaian  mereka sebagai  bukti dan petunjuk. Saya juga berbangga kerana GURU saya telah berjaya membimbing beberapa rakan saya menjadi orang yang berkualiti dan cemerlang.

     Saya telah besar dan boleh berdikari tetapi sentiasa akan menjadikan Mr Lee sebagai GURU dalam perniagaan saya.

     Hanya satu sahaja ucapan yang mampu saya luahkan.  
 Terima kasih CIKGU !.
“Jutaan” terima kasih !