MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Sunday, December 6, 2009

1: BUKA MINDA



Salam Sejahtera !.
     Satu ungkpan Confucius yang terkenal menyatakan: “ Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama”. Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki". (H.R .Bukhari dan Muslim)
     Kita sebenarnya tidak pasti berapa batu jauhnya kita sudah dan akan pergi serta berapa lama masa yang masih berbaki untuk sampai ke destinasi akhir. Walau bagimanapun MARI KITA MULA dari sekarang kerana ia adalah lebih baik dari duduk berdiam diri di tempat yang sama sementara menanti panggilan terakhir....
     Mari kita mulakan langkah dengan semua sumber yang ada anugerah Tuhan. Kita gabungkan semuanya menjadi satu kekuatan dalam mengorak langkah menuju ke matlamat yang kita idamkan, atau kebahagiaan yang kita impikan, atau berjaya menemui jawapan dan erti sebenar apa yang kita cari dalam hidup ini. Mencapai ke destinasi yang dihajati tidak terletak pada satu langkah yang tertentu sahaja. Ia merupakan satu kombinasi beberpa faktor yang mana ada di antaranya lebih mustahak dari yang lain pada masa yang berlainan. Kita akan tahu melalui latihan dan pengalaman yang kita belajar dalam hidup ini.
     Langkah pertama yang saya rasa perlu kita lakukan ialah MEMBUKA MINDA . Kata orang “ minda manusia seperti sebuah payung terjun, ia akan hanya berfungsi apabila terbuka”. Selalu kita mendengar tentang sesuatu tetapi kita gagal menilai penerangan tersebut dari sudut yang berlainan selain dari apa yang kita tahu. Bila ada orang cuba memberi peluang, kita sudah terlebih dulu menutup minda dan membuat keputusan untuk menolak tanpa mahu melihat fakta dan menyoal adakah peluang itu baik atau tidak atau bagaimanakah peluang ini boleh di manfaatkan?. BUKALAH MINDA untuk mendengar kecuali perkara/peluang yang diberikan adalah satu peluang yang jelas melanggar hukum atau ianya satu peluang yang boleh menjadikan kita kaya raya dengan segera tanpa perlu usaha.
     Perspektif seseorang dalam sesuatu perkara adalah disebabkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau yang terjadi kepada mereka. Ia selalunya menjadi pedoman. Jadi, apapun perspektif seseorang, ia adalah betul kepada orang tersebut sehinggalah dia boleh MEMBUKA MINDA untuk melihat dan memahami sesuatu dari beberapa sudut berlainan.
     Dalam industri Jualan Langsung (MLM ), setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman sendiri serta sedikit cerita/maklumat dari orang lain. Kagagalan untuk melihat dan memahami industri dan sistem MLM secara menyeluruh mungkin sangat merugikan. Apa yang perlu dilakukan ialah; dengar dan soal, dengar dan soal lagi sehingga mendapat penjelasan yang mantap dan memuaskan hati sehingga boleh membuat keputusan.
     Mengapakah kita gagal mengenali peluang perniagaan ini? Sebabnya banyak. Sebagai contoh, ramai orang kenal KFC atau sebuah lombong tinggal. Semua orang boleh memberi pendapat dan ada yang menjadi pelanggan tetap KFC dan pemancing setia di lombong tinggal tetapi ramai yang gagal melihat perniagaan KFC atau sebuah kawasan lombong tinggal sebagai satu peluang perniagaan dan sumber pendapatan.
    Setiap peluang akan hanya menampakkan kehadirannya kepada orang yang berusaha mengenali dan meneroka peluang tersebut. Di sinilah letaknya kepentingan memahami betapa mustahakanya MEMBUKA MINDA.
     Bukalah minda kepada peluang perniagaan MLM dan bukalah minda dan belajarlah mengenali hati-budi industri bersifat global ini lebih luas dengan menghadiri perjumpaan untuk taklimat dan latihan secara berterusan.

Tetapi tiada sesuatupun yang akan terjadi tanpa KEINGINAN......

Selamat Maju Jaya.

Pengalaman peribadi:
Satu hari saya telah hadir mendengar taklimat satu skim perumahan baru berhampiran kawasan tempat tinggal saya. Saya bersetuju pergi setelah didesak oleh isteri yang menerima panggilan telefon dari wakil syarikat pemaju hartanah tersebut. Pada 10 minit yang pertama di sesi taklimat itu, saya hanya memikirkan bagaimana mahu keluar dari tempat tersebut kerana saya rasa ianya betul-betul membuang masa. Semua hadirin saya tidak kenal termasuk penyampai taklimat tersebut dan saya memang tidak bercadang untuk membeli rumah. Saya keluar sebelum taklimat itu selesai. Ia berlaku pada tahun 2002 dan sekarang kawasan tersebut menjadi sebuah bandar baru dan nilai rumah di kawasan tersebut meningkat 3 kali ganda dari harga asal. Saya tahu kerana rakan baik saya baru membeli sebuah rumah di kawasan tersebut. Saya terlepas satu peluang keemasan kerana menutup minda untuk mendengar peluang yang dihadiahkan kepada saya. PELUANG ITU HANYALAH SEKALI SAHAJA !