Biasalah jika kita mendengar orang berkata “ianya sukar” atau “ianya rumit”
Berapa kalikah anda telah menggunakan perkataan sukar atau rumit sebagai kewajaran untuk tidak melakukan sesuatu.
Sebagai manusia, memang kebiasaan semulajadi, kita selalu cuba untuk merumitkan keadaan. Manusia seronok merumitkan keadaan untuk mempertahankan ego. Selalunya kita rasa bangga jika kita dapat mengatasi sesuatu keadaan yang sukar atau rumit.
Kehidupan tidak semestinya dirumitkan. Sesetengah orang sengaja mencari cara untuk menjadikan keadaan rumit untuk mewajarkan peruntukan masa dan usaha untuk menampakan ianya seperti satu pencapaian. Apabila kita dalam keadaan ketakutan, tidak pasti atau tidak pernah mencuba sesuatu sebelum ini, kita akan merumitkan keadaan untuk dijadikan alasan yang baik mengapa kita mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan untuk melakukan sesuatu ataupun lebih teruk lagi terus tidak melakukannya.
Seorang pemenang melihat sesuatu itu pada keadaan yang sebenar. Tidak ada kerumitan, samada perkara baik atau buruk.
Semuanya adalah mudah. Pemenang biasanya akan berkata “ianya mudah”
Pemenang sedar bahawa untuk mendapat apa yang mereka hajatkan, mereka perlu melakukan beberapa perkara tertentu. Pemenang akan membuat keputusan dan terus mengikut proses untuk mencapai matlamat mereka.
Kehidupan ini mungkin telah sedia rumit, mengapa kita perlu menambahkan kerumitan. Ia perkara yang tidak masuk akal, jika anda seorang pemenang.
Pemenang tahu, kemudahan dan mempermudahkan adalah kuasa.