MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, January 26, 2010

12. SISTEM.

gambar hiasan: cuba perhatikan, kita boleh tersilap jika tidak tahu dan tidak berhati-hati

Seluruh hidup kita mempunyai sistem dan pergerakan harian kita juga adalah bersistem. Malah seluruh dunia ini berfungsi kerana adanya berbagai bentuk sistem yang berintergrasi antara satu sama lain. Pengertian mudah perkataan sistem ialah, Suatu jaringan kerja dari prosedur-prosedur yang saling berhubungan dan mempengaruhi, berkumpul bersama-sama untuk melakukan suatu kegiatan atau untuk menyelesaikan satu tugasan/masalah atau tujuan tertentu:
Contohnya: Sistem lalulintas jalanraya dan Sistem pendidikan sekolah.

Cuba bayangkan jalanraya dan sekolah kita tidak ada sistem...

Sistem boleh dibuat sendiri, ditiru atau dibeli dari pihak lain atau mengikut sepenuhnya sistem yang baik yang telah dicipta bersesuaian dengan sesuatu perusahaan untuk menjamin kita menerima hasil yang terbaik.

Bisnes DXN ada sistem.

Saya tidak suka mendengar dan mengikut arahan dan saya rasa ramai orang pun begitu. Satu daripada kesukaran yang nyata ialah untuk mengikut arahan dan nasehat pemimpin untuk memahami dan mematuhi sistem yang telah disediakan yang telah terbukti baik dan berkesan setelah menempuh ujian masa dan kegawatan ekonomi dengan sepenuh (hati)nya. Adalah menjadi kebiasaan untuk kita untuk mengambil sesuatu benda atau sistem yang sedia ada dan diperbaiki lagi mengikut citarasa peribadi dengan harapan boleh memberikan hasil lebih baik dengan lebih cepat.

Sistem yang baik ialah sistem yang boleh dipelajari, di ajari dan diduplikasikan untuk mempastikan kejayaan yang besar dan berterusan. Kegagalan mengikuti sistem dengan sepenuh hati akan membawa kepada satu keadaan huru hara dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun kita perlulah mendapatkan penerangan dan memahami sepenuhnya mengapa satu set sistem tertentu disediakan oleh syarikat dan pemimpin kita, umpamanya sistem belian produk, sistem pemasaran, sistem pendidikan dan sebagainya.

Bagaimana saya merosakkan sistem?

Contoh pertama:
 Satu daripada keistimewaan bisnes MLM ialah sistem duplikasi. Apabila sistem itu menyarankan setiap rakan kongsi mesti mempunyai 6 (enam) kumpulan rakan kongsi. Apabila seorang rakan kongsi kita berhasrat untuk mengubahnya sedikit sahaja menjadi 7 atau 8 kumpulan kerana merasakan beliau berkemampuan untuk melakukannya. Jika kita mempunyai 10 rakan kongsi, akan ada 10 perubahan dan pengubahsuaian. Bagaimana jika kita ada 100 orang rakan kongsi yang berbuat demikian? Ia membawa kepada kemusnahan seluruh sistem. Ia bermula dengan perubahan kecil yang kita sendiri mulakan!. Dengan mengubah sedikit sahaja sistem sedia ada, kita sebenarnya telah menanam benih perubahan yang akan menjadi tidak terkawal dan terurus yang membawa kehancuran sendiri. Jika kita mahukan 500 orang rakan kongsi kita berfungsi sebagai sebuah pasukan, jangan cuba mengubah sistem sedia ada. Kesannya sangat buruk!!

Ingatlah bahawa pemimpin kita pasti tahu apa yang kita lakukan malah apabila kita berani bertindak mengubah sistem sedia ada, pemimpin kita tidak berminat untuk memberikan bimbingan dan sokongan yang kita perlukan. Pada satu masa nanti rakan kongsi kita sendiri akan mengetahui dan mengecap kita sebagai seorang yang cakap tak serupa bikin, tamak dan hanya pentingkan diri sendiri. Kita mengkhianati perjuangan dan harapan rakan kongsi kita sendiri untuk mengubah kehidupan.

Contoh kedua:
 Kita perlu belajar untuk menjadi orang berjaya. Sekiranya kita mengharapkan seminar, kursus dan bahan latihan semuanya percuma daripada Pemimpin kita, siapa pula yang akan menanggung kos tersebut dan berapa banyakkah bahan latihan percuma yang perlu disediakan oleh pemimpin kita untuk semua rakan kongsi beliau. Suatu hari nanti apabila kita memimpin kumpulan sendiri, sanggupkah kita menanggung semua kos perbelanjaan untuk rakan-kongsi mengikuti seminar dan kursus dan memberikan bahan bantu perniagaan secara percuma. Bila kita mengharapkan benda-benda percuma dan mula membudayakan semua perkara di atas secara percuma, apakah dan bilakah penyudahnya?

Contoh ketiga:
 Jika kita mulakan membeli produk secara berhutang dan menjual secara berhutang. Kita memulakan sistem perniagaan berhutang. Berapa banyak modal kita perlukan untuk menanggung semua rakan kongsi dan bila ia akan berakhir, malah kebanyakan hutang tersebut tidak pernah selesai dan kita juga akan kehilangan rakan-rakan kerana hutang yang sedikit!. Ingatlah, ini bisnes sendiri dan rakan kongsi anda perlulah melabur untuk bisnes mereka sendiri.adalah baik tidak memulakan “Ber dan Mem beri hutang”

Walaupun ini adalah bisnes sendiri dan kita berhak membinanya mengikut kehendak kita tetapi adalah baik kita mengikut nasehat, panduan dan sistem yang diberikan oleh orang yang telah berjaya dalam bidang yang sama yang boleh menelakkan kita membuat kesilapan-kesilapan yang banyak membuang masa, tenaga dan wang ringgit dan gagal mencapai sasaran dan impian.

Ingatlah lapangan luas bisnes MLM banyak dipengaruhi oleh “hero-hero” yang mencari jalan mudah dan singkat ke kemuncak kejayaan. Baik buruk etika dan halal-haram tidak diambil kira...

Pengalaman peribadi:

Saya baru menyertai satu seminar 2 hari bersama ramai rakan-rakan pemimpin DXN. Setiap pemimpin datang dengan niat, tujuan, anggapan, agenda dan harapan tersendiri. Setiap pemimpin berpeluang mencurahkan isi hati dan fikiran masing-masing. Saya terkejut dengan tafsiran dan pendapat berbeza setiap pemimpin walaupun untuk satu perkara yang sama. Di akhir seminar, kami dapat membuat akujanji dan berjaya merumuskan beberapa keputusan yang dipersetujui bersama apabila kami kembali kepada satu asas, sistem dan tujuan yang sama. Saya pulang dengan semangat lebih tinggi.