MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Friday, December 11, 2009

2: KEINGINAN


 (gambar hiasan)

      Saya berdoa untuk menutup kehidupan ini dengan senyuman walaupun mungkin tidak tercapai hajat dan keinginan untuk mencipta kejayaan besar seperti kebebasan kewangan, kebebasan masa, kebebasan memiliki apa yang dihajati, kebebasan dari penyakit dan kepuasan membantu orang lain menikmati kehidupan yang lebih baik. Setidak-tidaknya saya telah meninggalkan satu tapak dan satu panduan yang jelas untuk waris-waris saya menilai dan mengikutinya.

     Saya sedar bahawa saya tidak akan memperolehi apa yang diinginkan mahupun mencipta suatu kejayaan besar kecuali saya mempunyai satu keinginan yang sangat kukuh untuk mendapatkannya dan saya sangat yakin saya akan memilikinya.

     Peluang sentiasa terbuka untuk kita semua. Ia datang dalam semua keadaan  tetapi selalunya disedari bila kita berada dalam keadaan tidak menyenangkan. Ia mungkin bermula dari satu kisah penderitaan, satu kekecewaan, satu kemiskinan,  satu krisis, satu kemalangan, satu kehilangan, satu kesalahan, satu penghinaan dan sebagainya.

     Keinginan yang jitu untuk melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah pembuka jalan kepada satu perubahan. Semua pemimpin dan peneroka bidang baru yang cemerlang bermula dengan keadaan yang tidak mengembirakan dan terpaksa menempuh bebagai halangan dan kegagalan sebelum mereka “tiba” ke destinasi sebenar. Keadaan “tidak baik” seperti krisis atau penderitaan telah menemukan mereka dengan “diri mereka yang lain” atau “diri mereka yang  baru”. Mereka akan mengenali diri  sebenar selain daripada diri yang telah mereka kenali sekian lama. Tidak ada sesutu keajaiban akan dirasakan sekiranya minda kita tidak disumbatkan dengan imijinasi-imijinasi positif sepenuhnya dan menyingkirkan benih-benih keraguan pada saat ianya mula bertunas.

     Bolehkah kita mengubah keinginan menjadi kenyataan atau sanggupkah kita menjadikan keinginan satu kenyataan. Mari kita cuba fikir dan praktikkan langkah-langkah mudah yang disyorkan ini.. 

1.       Tetapkan satu keinginan ( matlamat ) sebenar yang diinginkan. Rumah, kereta, pangkat, kuasa, kemasyuran....Kalau ia berbentuk wang, nyatakan jumlahnya dengan tepat. Kenyataan  “saya mahu jadi orang kaya atau saya mahu banyak wang” tidak tepat. Nyatakan jumlah wang yang anda mahu dengan tepat. ( saya mengambil contoh wang kerana setiap orang,  bermula dari anak kecil yang tahu menggunakan wang akan tahu nilai dan keperluan wang ).
2.       Tetapkan satu tarikh /waktu yang tetap tetapi realistik bila anda mahu nampak dan rasa wang itu sudah berada bersama anda atau di dalam akaun anda.
3.       Nyatakan berapa harga yang sanggup anda bayar sebagai pertukaran untuk mendapatkan jumlah wang yang telah ditetapkan. Ingatlah tidak ada sesuatupun benda berharga di dunia ini boleh dimiliki dengan percuma. Setiap usaha pasti akan memerlukan kesungguhan, masa, pengorbanan dan menempuh cabaran serta dugaan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk merealisasikan keinginan anda.
4.       Buat satu perancangan teliti bagaimana cara untuk mendapatkan wang tersebut. Sesungguhnya, Adakah anda benar-benar bersedia dan berani untuk menjadikan perancangan anda sebagai satu tindakan/ usaha.
5.       Tuliskan di sekeping kertas dengan jelas jumlah wang yang anda inginkan, tarikh anda akan memilikinya, nyatakan harga yang sanggup anda bayar untuk memilikinya dan nyatakan juga rancangan tindakan anda untuk memilikinya.
6.       Simpan pernyataan anda di dalam muka depan dalam dompet dan satu lagi di depan cermin muka di bilik anda. Baca pernyataan itu setiap pagi dan malam dan setiap kali anda membuka dompet wang . Ketika  membaca pernyataan itu, yakinkan diri  bahawa anda sudah pasti memiliki wang itu.

     Membuat pernyataan, akujanji  dan perancangan secara bertulis bukan  perkara susah tetapi untuk  melaksanakan apa yang telah ditulis secara praktikal walaupun cuma untuk membaca pernyataan yang kita buat sendiri setiap hari mungkin perlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi. Minda dan perasaan kita pasti berani mempersoalkan, menyanggah dan memujuk kita melupakan  apa yang kita inginkan. Hanya jika kita benar-benar mahukan wang itu, kita tidak akan menghadapi  kesukaran untuk membina tekad dan meyakinkan diri  sendiri. Untuk memudahkan usaha, carilah seorang GURU..


pengalaman peribadi

     Satu hari saya telah dibicarakan dan terpaksa mengaku bersalah kepada “HAKIM” di atas tuduhan salahguna kuasa dalam bentuk wang, masa, tenaga dan ilmu ( sendiri ). Salahguna wang sahaja RM setengah juta lebih  dan menuju ke era muflis... belum kira nilai masa, tenaga dan ilmu yang disia-siakan. Saya benar-benar telah putus harapan. HAKIM memberi pilihan samada sanggup  menerima hukuman penjara 5 tahun dengan kerja berat untuk mengubah keadaan diri menjadi lebih baik atau dilepaskan untuk terus mewarisi  kemiskinan, penderitaan dan kehinaan sepanjang hayat. Demi maruah dan kemajuan diri.... saya sanggup menerima hukuman itu dan berjanji akan mematuhinya. Keinginan untuk melepaskan diri dari belenggu penderitaan mengatasi segala-galanya.  Syukur... selepas 3 tahun saya berjaya bebas. Hukuman itu betul-betul menjadi guru terbaik...

 ** Esok, inshaAllah, saya akan ke Majlis Hari Keluarga DXN. Saya berdoa untuk dapat bersua muka dan berjabat tangan dengan ke semua 2400 ahli keluarga yang datang dari seluruh dunia....