MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Sunday, February 21, 2010

17. KEYAKINAN DIRI

     Dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan, ada orang suka dan tidak suka, ada orang terima dan tolak, ada orang ikut dan ada yang menentang. Kepda yang tidak suka, menolak dan menentang, janganlah kita ambil hati. Asalkan kita yakin apa yang kita buat itu betul dan berfaedah, cukuplah. Ramai rakan saya yang kecewa dan tidak maju kerana dihantui penolakan dan tentangan saudara mara dan rakan lain. Saya tidak mengambil penolakan itu sebagai kegagalan dan kekecewaan.

     Menerima dan mengendalikan penolakan memerlukan keyakinan diri yang tinggi. Ramai rakan kongsi yang ada bersama kita akan mengikut rentak dan kepimpinan kita kerana mereka percayakan kita. Bagaimanakah kita mengharapkan rakan kongsi akan mempercayai kita apabila ucapan dan tindakan kita menunjukkan kurangnya keyakinan diri. Bagaimana kita melihat diri kita sendiri akan mempengaruhi bagaimana orang lain melihat kita. Keyakinan diri akan diterjemahkan melalui cara berpakaian, bercakap dan bertindak. Berpakaian dan bercakap dengan nada keyakinan bukanlah berlagak tetapi ia bermakna kita menguasai keadaan.

     Pendapat dan rasa hati kita tentang diri anda sangat penting. Pendapat dan kritikan orang lain tidak mustahak dan tidak memberi kesan jika kita ada ilmu dan pegangan serta keyakinan diri dalam apa yang kita lakukan dan mahu memajukan diri. Semua ini memerlukan didikan, latihan dan ujian. Lebih banyak kita melakukan latihan misalnya dalam membentangkan pelan perniagaan atau memperkenalkan produk yang kita jual, keyakinan kita akan bertambah dan kita akan lebih berani berdepan dengan semua kategori orang dalam semua keadaan.

      Ingatlah, jika ada prospek yang tidak mahu menyertai kita, bukan bermakna perniagaan MLM ini tidak betul atau syarikat perniagaan kita tidak baik, atau kumpulan kita atau diri kita sendiri tidak efektif. Adalah sesuatu tentang diri mereka sendiri. mungkin mereka tidak percaya kerana tidak faham tentang bisnes ini atau mereka tidak berkepentingan untuk melakukan bisnes ini walaupun kita nampak mereka berpotensi untuk maju dalam bisnes ini. Kita bukanlah berhasrat untuk meminta-minta dan tidak berharap juga kepada orang yang hanya meminta-minta.Tinggalkan mereka untuk sementara waktu dan bergeraklah kepada prospek yang seterusnya.

      Usaha kita menuju ke kemuncak kejayaan tidak banyak bergantung kepada faktor luaran tetapi faktor diri sendiri, fizikal dan spiritual. Hati kita sahajalah yang tahu samada kita melakukan aktiviti yang betul dengan tekun, samada kita di landasan yang betul untuk mencapai matlamat, samada kita boleh mencapai status tertentu dalam masa tertentu, samada kita merasakan boleh atau tidak boleh, apapun yang kita rasakan, semuanya adalah betul dan tepat. Kita tidak boleh menipu diri !!.

     Kita adalah dalam satu bisnes mencari dan membina pemimpin dan proses meniti dan merasai kemajuan, bukan hanya kemajuan bisnes tetapi kemajuan diri yang menyeluruh.

     Kita tidak boleh mengajar dan menyuruh, merayu atau mengupah rakan kongsi untuk melakukan bisnes ini, kita hanya boleh cuba mempengaruhi rakan kongsi kita untuk mengikuti jejak yang kita lakukan untuk mencapai kemajuan. Ada di antara kita yang cuba menunjukkan baik hati dan berjanji serta melakukan apa sahaja untuk mengambil hati rakan kongsi mereka supaya rakan kongsi menyukai mereka. Ia tidak akan berhasil.

     Cara yang terbaik ialah memberikan nasehat yang logik dan jelas sambil menanamkan sifat keyakinan dan mempercayai diri sendiri kepada rakan kongsi . Gunakanlah kaedah “soal dan jawab” untuk mendekati dam memahami kehendak rakan kongsi kerana dengan cara ini kita akan menguasai keadaan dan memperlihatkan keyakinan diri kita pada mata dan hati rakan kongsi kita.
.
Pengalaman peribadi

     Awal Januari lalu dalam perjumpaan mingguan, saya bertemu dengan seorang rakan kongsi baru seorang pemimpin saya yang berasal dari luar Negara dan datang Ke Malaysia sebagai pekerja am. Saya perhatikan beliau memakai pakaian seperti pekerja datang ke pejabat pada perjumpaan pertama itu. Beliau membawa beberapa prospek pada minggu-minggu berikutnya dan memakai tali leher pada minggu ke empat. Saya membawa beliau semasa mengadakan satu seminar di pantai Timur dan beliau telah berani berkongsi sedikit pengalaman di seminar tersebut. Apabila saya memperkenalkan beliau baru sebulan dalam bisnes ini dan akan berusaha mencapai Star diamond dalam tahun ini, semua peserta seminar yang telah lebih lama dalam bisnes ini nampak terkejut. Saya akui, saya tertarik dengan beliau kerana penampilan yang profesional dan keyakinan diri yang tinggi. Sekarang beliau berusaha setiap hari untuk meealisasikan matlamat ke Star Diamond yang beliau janjikan pada tahun 2010 ini. 
Selamat berusaha dan Selamat maju Jaya untuk saudara Zaw OO.