MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Wednesday, January 19, 2011

RENCANA KEHIDUPAN ( 18 ) HUTANG.

   Kebanyakan orang akan merasa tertekan dan lemas dalam beban hutang yang bertambah dan berpanjangan. Jika anda adalah seorang yang masih hidup dalam HUTANG, apakah anda bersedia untuk keluar dan bebas dari hutang tersebut dan sanggup menyusun stu rancangan tindakan dan melakukan apa pun untuk keluar dari hutang?

   Berikut ini sebelas panduan ( tips ) yang akan membantu anda keluar dari hutang.

1. Motivasi diri. Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk keluar dari hutang, buatlah senarai sebab anda ingin keluar dari hutang. Sebagai idea ia mungkin merangkumi aspek berikut: Hutang  memberi tekanan pada perkahwinan dan rumah tangga anda, meningkatkan tekanan kepada diri dan kerja anda, anda ingin hidup secara bertanggung jawab, Anda ingin menempatkan anak-anak anda belajar di Pusat Pengajian Tinggi dan ingin menyimpan untuk masa tua.

2. Memahami hutang anda. Pada peringkat pertama ialah anda perlu mengenal pasti dan membuat senarai semua hutang anda supaya anda mengenali jumlah keseluruhan dan sebenar, sebaiknya masukkan faedah (bunga), kos kewangan, kos lewat bayar, dan kos pengurusan dan sebagainya. Dengan memahami hutang anda dan kos yang berkaitan, anda akan mampu membuat keputusan yang lebih baik.

3. Buat bajet. Sediakan satu bajet untuk pendapatan dan setiap perbelanjaan rumah tangga seperti keperluan makanan, persekolahan, kenderaan dan sebagainyasecara bulanan. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membuat anggaran, berbincanglah dengan pasangan atau orang yang lebih mahir dalam membuat bajet rumahtangga.

4. Senarai (Log) setiap sen yang anda belanjakan. Bawa sebuah ubku nota kecil yang boleh anda masukkan ke dalam saku atau beg tangan, atau menggunakan peranti mobile anda untuk menyenaraikan semua benda yang anda beli, walaupun bernilai 20 sen. Ketika anda mengeluarkan  wang, tanyakan pada diri anda "Adakah ini benar-benar diperlukan?" atau "Apakah ada pilihan yang lebih murah?" Pada akhir bulan, lihat semula penggunaan wang anda dan carai cara untuk mengecilkan jumlah pada bulan berikutnya.

5. Belanja kurang dari pendapatan. Anda perlu mempastikan berapakah pendapatan sebenar anda sebulan dan sehari.( ini setelah ditolak hutang berjadual yang perlu diselesaikan)  Jika pendapatan bersih anda untuk sebulan ialah RM 1500.00, ini bermakna anda ada RM 50.00 sehari dan anda mesti berusaha untuk berbelanja kurang dari jumlah tersebut pada setiap hari.

6. Melakukan rundingan dengan kreditur anda. Jika anda mempunyai sesuatu hutang yang susah untuk diselesaikan, berjumpalah dengan krediutr anda dan jelaskan situasi anda dan meminta bantuan mereka untuk menstrukturkan semula hutang tersebut. Saya  tahu ramai rakan yang telah berjaya dalam rundingan menstruktur semula hutang. Anda pasti akan berpuas hati dengan apa kreditur akan lakukan untuk membantu anda, jika anda mahu bertanya !!!.

7. Meningkatkan pendapatan anda. Jika anda bekerja kurang dari 40 jam seminggu, mempertimbangkan semua pilihan yang tersedia untuk menambahkan masa kerja anda. Jika anda sudah bekerja 40 jam seminggu, pertimbangkan pekerjaan tambahan masa atau perniagaan sampingan. Di atas segalanya, tumpuan adalah untuk peningkatan nilai yang anda bawa ke pasaran. Apabila anda membina nilai anda, pendapatan anda akan bertambah.

8. Elak gunakan kad kredit. Buat bayaran tunai untuk setiap pembelian. Jauhkan kad kredit dan gunakannya hanya untuk keadaan kecemasan atau keperluan utama sahaja Masukkan kad kredit anda di tempat yang selamat dan membuat komitmen untuk tidak menggunakannya untuk pembelian sehari-hari. Jangan menerima sebarang kad kredit lain atau kenaikan jumlah kredit daripada syarikat kad kredit sedia ada.

9. Tukar kebiasaan anda. Ambil satu minit dan mempertimbangkan beberapa kebiasaan mahal anda seperti makan di luar, memiliki kenderaan mahal, bersiar-siara di kompleks beli belah, singgah minum dan berbual kosong dengan kawan-kawan selepas waktu kerja dan sebagainya. Kegemaran sebegini akan menambahkan pengaliran keluar wang anda sehinggan menjadi besar.

10. Lunaskan hutang satu per satu.   Mulakan dengan hutang yang mengenakan kadar faedah yang tertinggi dahulu.Setelah selesai, tutup terus akaun itu dan jangan biarkan anda tergoda untuk menggunakannya lagi. Teruskan proses ini, satu akaun pada satu masa, sehingga semua akaun anda dibayar penuh. Apabila menggunakan kaedah ini, anda akan dapat mengukur kemajuan pengurangan hutang anda secara keseluruhan.

11. Berbelanja lebih pintar. Berhenti berbelanja secara sesuka hati dan membayar harga runcit untuk apa pun yang anda beli. Cuba amalkan membeli secara borong seperi pergi ke pasar borong untuk membeli ikan dan sayuran seminggu sekali atau membeli di kedai diskaun. Jika tidak menjadi kemudaratan, belilah barangan second-hand. tanyakan kepada kawan-kawan jika mereka mendapat barangan keperluan dari kedai yang lebih murah dan pastikan anda mendapatkan harga yang terbaik bagi apa yang anda beli.

     Jika anda berada dalam keadaan berhutang, cabar diri anda untuk membuat keputusan sekarang juga bahawa anda akan menyusun pelan tindakan untuk melunas dan menghilangkan hutang anda. Biarlah hari ini menjadi hari yang anda katakan, "Cukup sudah, saya akan mengawasi aliran kewangan saya dan keluar dari beban hutang."

   Jika anda sudah berkahwin atau hidup dengan ibu bapa, saya menggalakkan anda untuk pergi melalui proses ini bersama-sama. Hal ini penting bahawa anda berdua sama-sama komited untuk membersihkan diri dari hutang anda. Apabila anda telah mula melaksanakan rancangan anda, anda harus menahan diri anda dan bertanggung jawab serta tidak memberikan pengecualian.

   Jika anda masih ragu-ragu dan tidak yakin apa yang harus dilakukan, cari dan minta bantuan dari seorang profesional terlatih. Mintalah seorang teman dihormati, ahli keluarga, atau akauntan anda untuk rujukan. Anda juga boleh menyemak nasihat-nasihat pakar perunding atau bahan bacaan untuk mempelajari apa yang orang lain lakukan untuk mengurangkan hutang mereka.

"Anda tidak boleh mengendalikan kehidupan anda jika anda tidak dapat mengawal bagaimana anda menghabiskan wang anda".