MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Monday, November 2, 2009

CERMIN KEHIDUPAN: KITA BOLEH BERJAYA !!.

Salam Sejahtera,
     Setiap orang berusaha melakukan sesuatu kerja dan mencari berbagai jalan untuk mencapai kejayaan hidup yang mereka impikan. Bagi saya, kepercayaan dan keyakinan untuk mencapai kejayaan terletak dalam memulakan perniagaan sendiri.
     Untuk mencapai kejayaan dalam apa jua usaha yang kita lakukan, pertama sekali kita mestilah komited terhadap apa yang kita usahakan. Kejayaan hanya akan datang jika kita menumpukan perhatian, tenaga, masa maupun keseluruhan hidup kita untuk mencapainya.
     Mari kita pupuk perniagaan yang menjanjikan “kehidupan yang lebih sempurna” yang telah kita miliki ini dengan perasaan cinta dan kasih sayang bersama hasrat yang membara untuk mencapai dan mengecapi kejayaan. Mari kita gilap potensi diri dan kemahiran keusahawanan dengan sentiasa mahu menimba ilmu pengetahuan.
     Kita akan menghadapi banyak cabaran dan suka duka di dalam perniagaan. Beranikan diri dalam menghadapi segala cabaran, kritikan dan penolakan. Ianya adalah untuk menguji ketahanan serta kesabaran dan hanyalah sementara. Marilah kita belajar dari setiap kesilapan dan kekecewaan. Kita tetapkan matlamat yang jelas, buat perancangan yang tersusun dan kita kawal arah tujuan kita. Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.
     Dunia perniagaan memerlukan kita sentiasa bersikap posotif, bersemangat, berkerja kuat dan memberikan tumpuan sepenuh hati kepada matlamat. Ia selalunya menjadi sumber kekuatan kita.
Kongsikan peluang yang baik ini dengan semua orang dan apabila kita berkongsi perniagaan dengan orang lain, kita perlu saling mempercayai, bersatu padu, bekerjasama, saling menghormati dan bertanggungjawab agar perkongsian kita berjaya, tetapi yang lebih penting lagi ialah kita mesti ada matlamat dan tujuan yang sama.
     Menjalankan perniagaan sendiri adalah seperti melalui sebuah kehidupan. Kita akan banyak merasai dan mengendalikan susah senang, untung rugi dan mengenali ragam dan erti kemanusiaan. Itu semua adalah ilmu dan pengalaman yang sangat berharga.
     Jika setiap dari kita berusaha lebih sedikit, sudah tentu lebih ramai ahli keluarga kita dan orang lain boleh menikmati kehidupan dengan sinar kegembiraan dan kebahagiaan.
     Kejayaan dalam hidup boleh menjadi impian abadi. Jadikan impian satu kenyataan. Bermula hari ini dan hari-hari yang seterusnya, biarlah kita terus bergerak ke hadapan tanpa henti, seinci demi seinci ke arah kecemerlangan diri.
     Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya. Doa saya untuk kejayaan semua.

Salam Hormat.