Kejayaan hidup di dunia boleh dimiliki oleh semua orang. Ia bukan milik orang tertentu dan terpilih kerana bernasib baik atau berpendidikan dan berkedudukan tinggi sahaja. Kejayaan tidak memilih orang tertentu tetapi seseorang itulah yang bertanggungjawab untuk mencipta kejayaan atau sebaliknya. Seseorang yang berjaya “bernasib baik” kerana memahami perkara berikut yang menjadi Falsafah Kejayaan purba.
1. Peluang keemasan.
Peluang datang kepada kita setiap masa dalam berbagai bentuk. Tetapi adakah sesuai atau tidak sesuai dan boleh atau tidak boleh peluang tersebut diusahakan ?. Peluang keemasan ialah peluangyang baik dan sesuai serta ada harapan cerah untuk memperolehi kejayaan dengan berusaha tanpa memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu disediakan atau tidak mampu untuk di uruskan. Mulakanlah sesuatu kerjaya itu dari kecil dan dari bawah. “Ukur baju di badan sendiri”.
2. Sanggup membayar harganya.
Setiap peluang keemasan yang datang perlu usaha untuk mendapatkan hasil. Harga kejayaan yang perlu kita bayar ialah dalam bentuk pelaburan dan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan bertekun serta sanggup meninggalkan keselesaan untuk sementara waktu sebelum usaha kita berhasil. Kata orang lama “ berakit-rakit ke hulu, berenang ke tepian….”
3. Pelan tindakan.
Pelan tindakan ialah rancangan bertindak secara praktikal dan sistematik dan khusus yang perlu di lakukan juga mengetahui bagaimana ianya dapat dilakukan dengan baik dan berkesan. Ilmu pengetahuan khusus dalam bidang yang diceburi adalah alat terpenting untuk menjalankan pelan tindakan secara proaktif. Pesanan purba “ isi dada bekal berjalan”
4. Usahakan sehingga Berjaya.
“ Yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek”. Sudah pasti tidak akan ada hasil diperolehi tanpa usaha. Usahakan peluang yang telah diperolehi dengan penuh keyakinan dan bersungguh -sungguh, gembira, bersemangat, berdisiplin dan bersabar. Buatlah kerja secara bersistem. Jangan sesekali berasa jemu dan berputus asa serta mengalah dengan dugaan. Ingatlah dugaan dan kegagalan itu adalah sebahagian dari proses untuk mencapai kejayan. Jangan di persia-siakan masa , tenaga dan wang ringgit yang telah di labur dan dikorbankan. Hanya diri sendiri sahajayang tahu dan bertanggung jawab samada akan menerima hasil yang baik atau mengecewakan.

Mungkin benar kata-kata berikut: Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Semuga perkongsian di atas boleh dimanfaatkan.
Selamat Berusaha dan Selamat Maju Jaya.