MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Wednesday, February 3, 2010

14. MEMILIH PASANGAN TERBAIK.

     PENGIKUT DAN PEMIMPIN
     Kedua-duanya adalah sangat berkaitan. Pemimpin juga adalah pengikut, mungkin mengikuti ilmu, cara dan pendekatan pemimpin yang terdahulu. Seorang pemimpin bermula sebagai pengikut. Pemimpin yang baik bermula sebagai pengikut yang baik. Pengikut yang baik akan mengikut jejak langkah pemimpin menjadi pemimpin malah mungkin menjadi lebih dinamik dan cemerlang dengan meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu dengan penambahbaikan yang bersesuaian mengikut perubahan masa dan keadaan. Di antara ciri-ciri pemimpin yang baik adalah:
BERILMU
     Kita perlu mencari mencari seorang pemimpin yang berilmu, pemimpin yang suka mencari dan berkongsi ilmu dengan orang lain secara ikhlas. Pemimpin yang berilmu akan berindak mengikut paraturan dan undang-undang dan sentiasa merendah diri, menghormati setiap orang lain serta tidak mempergunakan pengikutnya demi kepentingan peribadi. Pemimpin yang berilmu boleh memberikan pandangan, saranan, nasehat, sokongan dan bantuan yang bersesuaian mengikut keperluan pengikut-pengikutnya yang beranika ragam. Pemimpin yang berilmu juga dapat menyelami tujuan dan isihati yang terselindung di sebalik apa yang ditunjukkan melalui tuturkata dan pergerakan fizikal setiap pengikutnya. Satu ilmu yang paling berguna kepada pemimpin yang menjadi sanjungan ialah ilmu kemanusiaan. Ilmu ini tidak diajar dimana-mana sekolah atau universiti. Ilmu ini membolehkan pemimpin tersebut menerajui organisasi yang besar dan maju dengan tenang dan tabah.
ADIL DAN MEMAHAMI 
     Sebagai pemimpin, Adakah orang lain suka berada bersama dan mudah berbual dengan anda? Adakah anda melayan orang lain seadilnya sebagaimana anda mahu dilayan? Sikap tidak bertimbang rasa dan suka tidak menghormati orang lain akan menjadi tembok penghadang perhubungan antara kita dengan orang lain. Adakah anda mengkritik orang lain secara persendirian?. Sementara pengikhtirafan secara umum mejdi peransang kepada orang lain untuk menjadi lebih cemerlang, kritikan terbuka akan memalukan dan membunuh semangat seseorang. angkatlah seseorang ke kedudukan yang sesuai berdasarkan ilmu dan kebolehan seseorang, bukan kerana perhubungan persaudaraan atau kerana disukai ramai.
WAWASAN YANG JELAS
     Seorang pemimpin mesti mempunyai wawasan besar dan jelas yang boleh dikongsikan bersama pengikutnya. Adakah anda memperuntukkan masa untuk berkongsikan wawasan, matlamat dan cita-cita anda dengan orang lain?. Tugas anda sebagai pemimpin adalah menunjukkan wawasan yang jelas kepada semua pengikut. Mereka juga perlu mengetahui mengapa wawasan yang anda bina perlu diikuti dan bernilai tinggi kepada mereka.
BERFIKIRAN TERBUKA
     Seorang pemimpin perlu berfikiran waras dan terbuka. Adakah anda bersedia untuk mendengar cakap dan menerima pendapat orang lain? Pemimpin juga mesti bersedia menerima teguran dan kritikan dari pihak lain. Pengikut juga harus berlapang dada menerima teguran dari pemimpin untuk kebaikan. Adakah anda akan melaksanakan cadangan baik yang diberikan oleh pengikut anda?. Jika anda seorang yang pentingkan agenda peribadi, pengikut anda akan hilang semangat dan kepercayaan kepada anda. Anda juga perlu mengenal pasti dan menghargai potensi kekuatan dan sumbangan setiap orang yang menjalankan perniagaan bersama anda.

BERIKAN SOKONGAN DAN GALAKKAN
     Adakah anda memberikan ruang yang sebaiknya untuk semua pengikut anda membuat rancangan dan bertindak? Adakah anda memberikan pengikhtirafan kepada setiap pencapaian dan kemajuan walaupun kecil?. Adakah pengikut anda merasaakan bahawa setiap kesilapan yang terjadi mudah di betulkan, dimaafkan dan dilupakan?. Setiap orang dalam organisasi anda perlu merasa gembira untuk melakukan sesuatu aktiviti yang anda cadangkan secara bersungguh-sungguh.
     Ada banyak lagi ciri-ciri kepimpinan yang perlu dipelajari dan dimiliki untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Sebagai pengikut yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan, cuba belajar dari pemimpin anda dengan sebaik-baiknya selagi pemimpin tersebut tidak melakukan sesuatu yang salah di segi peraturan, moral dan agama. Apabila mendengar dan menrima sesuatu cadangan dari pihak lain, cuba fikirkan dengan sebaik-baiknya dan jangan terus ditelan bulat-bulat. Perkara yang baik bolehlah diikuti dan dikongsikan kepada rakan-rakan lain, perkara yang diragukan perlulah dirujuk dulu kepada pemimpin sendiri untuk mendapatkan paandangan dan kepastian dan perkara yang diketahui tidak baik perlulah dibuang dengan segera. Dalam situasi sekarang ini, ramai orang mudah terpengaruh dengan pidato bernas pemimpin-pemimpin yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan peribadi dan menjatuhkan orang lain.
     Sebagai pemimpin, kita mungkin mempunyai ramai pengikut tetapi carilah antara 4 hingga 6 orang pada sesuatu masa untuk diberikan sokongan dan bantuan sehinggalah mereka ini mampu berdikari dan mampu memimpin sebelum beralih kepada pengikut yang seterusnya. Kita tidak mungkin mampu memberikan bantuan dan perhatian kepada semua rakan kongsi mencapai kejayaan walaupun kita berhasrat mahu membantu mereka semua. Siapakah yang sebaiknya dipilih? Carilah rakan yang positif dan mahu memajukan diri sendiri, sukakan ilmu dan sanggup meninggalkan keselesaan sementara untuk mencipta kejayaan. Jauhi dari pengikut yang opportunis atau yang mengharapkan orang lain menjayakan diri mereka.
     Bersabarlah dan teruskan perjuangan anda dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.
     Selamat menjadi pengikut dan selamat memimpin.
Pengalaman peribadi
Saya belajar dan berlatih ilmu bisnes ini dengan pemimpin saya dari hari pertama sehingga sekarang ini dan berharap untuk terus belajar dari beliau sepanjang hayat. Banyak nasehat, tunjuk ajar, sokongan dan bantuan telah diberikan kepada saya secara jujur dan ikhlas. Ilmu yang terbaik ialah bagaimana menjadi orang  yang sentiasa positif, melakukan aktiviti dengan ikhlas dan sanggup menerima penolakan dan kritikan dengan hati terbuka serta mensyukuri apa yang kita ada. Beliau tidak pernah minta apa-apa dari saya walaupun secawan kopi dan mengingatkan kejayaan yang diperolehi adalah  untuk menjayakan lebih ramai orang lain. Saya akur.

No comments:

Post a Comment