MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, December 29, 2009

5 . CITA-CITA, MATLAMAT DAN IMPIAN…

   Ini adalah perkataan yang biasa saya dengar. Buku-buku, pakar motivasi dan orang berjaya menyatakan , Kita mesti ada matlamat dan impian terlebih dulu sebelum berusaha menuju ke arah matlamat berkenaan. Berbagai teori tentang cara mencapai matlamat diberikan untuk kita nilai dan ikuti. Saya lebih percaya kita perlukan satu SEBAB yang sangat kuat, besar dan jelas dan sentiasa fokus untuk merealisasikan matlamat dan impian. Tanpa SEBAB yang kuat, kita akan mudah mengalah !!

   Bila sudah ada sebab yang kuat, Saya juga perlu tahu dengan jelas jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi saya. Jika saya memiliki kereta yang hebat dan laju tetapi saya bergerak ke arah yang bertentangan, tak mungkin saya sampai ke destinasi matlamat saya. Jika saya memandu dengan asyik menumpukan perhatian kepada papan meter untuk menentukan kelajuan tanpa melihat arah jalan yang betul, saya bergerak tapi tidak tahu entah ke mana destinasinya. Jika saya sibuk mengejar masa dan sibuk tanpa dapat merasai hasil pencapaian yang diharapkan, maka matlamat saya akan tinggal sebagai angan-angan.

   Untuk merancang ke depan, saya mesti menjadikan kerjaya dan keadaan hidup pada hari ini sebagai kayu pengukurnya. Saya perlu menilai keadaan dan kedudukan saya sekarang dari segi berikut:
1.  Pekerjaan /kerjaya.
2.  Pendapatan/gaji
3.  Perniagaan/ pelaburan
4.  Jaminan kerjaya / hidup
5.  Batasan masa dan usia
6.  Peluang saya

     i.   Bagaimanakah keadaan kehidupan saya sekarang?
          (ok atau ko )
     ii.  Bolehkah pekerjaan sekarang merealisasikan impian hidup ?
         ( ia atau tidak )
     iii. Pernahkah terfikir untuk menikmati keadaan hidup lebih baik?
         ( ia atau tidak )
     iv. Jika ada peluang yang boleh mengubah hidup saya, mahukah saya mengusahakannya?
         ( ia atau tidak )

   Dari banyak peluang yang hadir melalui berbagai saluran, adakah peluang itu sesuai dan boleh membantu saya mencapai impian. Untuk itu saya perlu tahu dengan sejelas -jelasnya apa yang saya mahu. Saya bertanya apakah yang terpenting dalam hidup saya ini….. Kemewahan, pangkat /kuasa, populariti, harta benda, kebebasan, kesehatan, family, kebajikan, syurga dan sebagainya…..Ada orang kata ada perlu menulis 100 perkara yang kita mahu, kalau mahu, tulislah……

   Sesuatu yang menarik ialah ramai rakan saya yang mahukan kejayaan, kemewahan dan kebebasan diri tetapi masih kekal bergantung harap kepada ( jaminan ) kerja sedia ada. Mereka terlalu takut untuk keluar dari lingkungan yang terbina di sekeliling mereka.

MEREALISASIKAN IMPIAN.

    Mencapai impian besar yang telah di tetapkan perlukan usaha dan masa serta rancangan tindakan. Kita perlu pecahkan impian yang besar kepada beberapa matlamat kecil yang sesuai untuk menuju kepada impian tersebut. Pecahkan perancangan kepada tahunan, setengah tahun, suku tahun, sebulan, seminggu dan sehari. Setiap usaha kecil setiap hari tidak menampakkan impak kepada impian tetapi ia akan mendekatkan kita kepada matlamat jangka pendik.

   Aktiviti harian akan menampakkan hasil dalam seminggu, aktiviti mingguan akan menampakkan hasil dalam sebulan dan begitulah seterusnya. Aktiviti asas harian ini mudah untuk dilakukan dan mudah juga untuk dilupakan… tidak mengapalah jika kita tidak membuat aktiviti asas untuk satu hari atau dua hari tetapi sebenarnya kita telah membina satu sikap negative dan secara tidak sedar merencanakan satu lagi kegagalan.

     Pada setiap hujung bulan kita akan dapat menilai hasil pencapaian peribadi. Cemerlang, baik, sederhana atau buruk. Dari hasil pencapaian itu kita boleh membuat kesimpulan: “Bagaimanakah cara lain yang boleh dibuat untuk meningkatkan pencapaian pada bulan hadapan?”. “Apakah yang saya telah belajar dari hasil pencapaian ini?”. Jawapan yang jujur meningkatkan kematangan diri.

   Ada rakan yang membina perniagaan tanpa impian. Mereka tidak mempunyai semangat dan motivasi diri untuk maju terutamanya di waktu dilanda dugaan. Ada rakan yang ada impian tetapi tidak ada komitmen untuk melaksanakan aktiviti asas perniagaan untuk mencapai kemajuan. Mereka berusaha sambil lewa. Ada rakan yang mempunyai impian yang besar beserta dengan perancangan yang lengkap tetapi tidak melakukan aktiviti asas harian. Ada rakan yang hanya bergerak bila diajak, ada penyeliaan dan pengawasan seumpama mereka hanyalah bekerja dan dibayar gaji oleh orang lain.

   Cara yang terbaik ialah dengan bertanggungjawab kepada diri dan pencapaian sendiri. Adalah baik jika kita mempunyai GURU dan perlu memberi laporan prestasi kepada GURU kita. Dengan cara ini kita akan mengambil perniagaan ini secara serious. Kita juga perlu bertanggungjawab kepada pemimpin dan semua rakan kongsi kumpulan.

Pengalaman peribadi:
   Saya seorang yang takut membina impian. Setiap kali terfikirkan sesuatu, saya cepat pula menidakkannya. Saya terlalu memikirkan kekurangan kemampuan diri. Saya juga banyak membuang masa dan wang ringgit kerana mengusahakan sesuatu usaha yang akhirnya saya sedar, tidak menepati matlamat, impian dan prinsip hidup saya. Guru sayalah yang membina semangat saya untuk membina matlamat dan impian yang jelas dan tidak jemu-jemu mengingatkankan saya tentang matlamat dan impian saya setiap kali kami bertemu.

Wednesday, December 23, 2009

4: GURU: PENDIDIKKU

     Kita sudah berada di landasan yang betul apabila ada keinginan yang kukuh untuk merealisasikan impian. Bagaimana mahu “take-off”? Kita mahu melakukan sesuatu tetapi tidak tahu atau tidak pandai mahu melakukannya. Cuba bayangkan bagaimana kita mahu pergi ke satu tempat baru dan asing hanya berpandu kepada agak-agak sahaja.  Kita boleh sampai jua setelah melalui perjalanan yang berbelit-belit, memakan masa yang panjang dan pelaburan wang yang banyak !. Sebab itu anak-anak di hantar ke sekolah......

       Kita perlukan GURU, kita perlu mencari GURU. Ada istilah baru iaitu MENTOR atau COACH. Bertuahlah orang yang memiliki GURU yang baik dan ikhlas. GURU yang baik akan memberitahu perkara yang  kita perlu tahu dan menunjukkan cara melakukan sesuatu dengan betul dan baik serta cantik, samada kita suka atau tidak.... bukan menyatakan apa yang kita suka dengar dan mengiakan apa yang kita suka buat sahaja dan jauh sekali mengikut sahaja apa cakap dan kemahuan kita.
 
     GURU yang baik akan bercakap perkara yang benar dengan perasaan kasih sayang dan disampaikan mengikut perspektif yang betul melalui rasa hati yang ikhlas sehingga kita tidak mencurigai ilmu dan nasihat yang dicurahkan.

     Tidak perlulah kita mencari GURU yang sempurna. Kita juga tidak perlu menyukai GURU kita. Memadailah kita telah menemui dan diterima oleh seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang mahu kita ceburi dan boleh dipercayai serta kejayaannya boleh kita tiru.

     GURU bukan ibu-bapa kita atau orang gaji kita. Mereka bukanlah orang yang boleh membuat perkara-perkara yang kita sendiri tidak mahu lakukan. Janganlah mengharapkan mereka melakukan sesuatu untuk kita yang kita sendiri tidak mahu lakukan. Ingatlah, GURU ialah orang yang boleh memberikan tunjukajar dan nasihat terbaik. Peranannya ialah memimpin kita sepanjang perjalanan ke garisan penamat. GURU boleh memberikan nasihat terbaik, GURU boleh memberi sumbangan kepada kejayaan kita tetapi GURU tidak boleh menjadikan kita orang berjaya. Peranan GURU hanya akan berkesan apabila kita sudah sedia untuk belajar... 
     
     Cara terbaik untuk mendapatkan ilmu dari GURU adalah dengan menghadiri kelas dan menemui mereka secara peribadi apabila kita ada sesuatu rancangan atau masalah yang timbul. Mintalah nasehat GURU kita samada rancangan tersebut sesuai untuk dilaksanakan. Jangan datang bawa masalah atau minta GURU selesaikan masalah kita. Pergilah kepada GURU bersama beberapa cara yang  difikirkan sesuai untuk menyelesaikan masalah dan minta nasehat beliau kaedah penyelesaian yang terbaik. Jangan terkejut atau kecewa jika GURU memberikan rancangan tindakan yang berlainan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang agak berbeza!. Ingatlah, GURU itu lebih berilmu dan berpengalaman.      Saya pastikan telah memberitahu, mendapat nasehat dan restu dari GURU saya sebelum melaksanakan sesuatu rancangan tindakan atau memilih jalan penyelesaian masalah yang saya hadapi.

     Jangan sekali-kali mengambil kesempatan atau mengambil mudah dengan bantuan dan nasehat GURU. GURU bukan hak milik peribadi. GURU tersebut mungkin mempunyai ramai anak murid lain yang memerlukan perhatian dan sokongan.

     Ikutlah cakap GURU. Hargailah tunjuk ajar GURU, hargailah masa GURU, hormatilah hak peribadi GURU, ingatlah budi dan jasa GURU, hormatilah dan sayangilah GURU seperti mana kita mahu dihormati di masa akan datang apabila kita sendiri telah menjadi GURU. Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan sepenuhnya dan ikhlas  kepada kredibiliti GURU kita di hadapan rakan-rakan dan kenalan lain dengan harapan supaya GURU tersebut terus menerima kita sebagai murid sepanjang hayat serta boleh menerima rakan- rakan kita sebagai anak murid dan mendapat didikan yang sempurna dari  GURU yang sama.

Pengalaman peribadi
     Dari hari pertama saya bersama perniagaan DXN, saya mendapat didikan, bimbingan  dan nasehat dari GURU saya iaitu Mr dan Mrs Lee ( 229 ), bekas  pensyarah yang bersara awal. Bukanlah saya tidak belajar dari GURU yang lain tetapi Mr Lee dan isteri GURU nombor 1 saya. Ikhlas saya mengakui, saya murid paling degil...Mereka berdua telah banyak dan tidak pernah jemu dan cukup sabar berusaha memberikan memaqinkan peranan sebagai GURU sehingga sekarang. Saya dapat rasakan kesungguhan dan keikhlasan mereka berdua yang betul-betul mahu saya berjaya!!. 

     Saya menghormati dan menghargai mereka kerana  menunjukkan jalan yang terbaik untuk mencapai kejayaan, mereka mempunyai prinsip hidup yang cemerlang dengan meletakkan kebenaran sebagai keutamaan, kebaikan jangka panjang sebagai penentu sesuatu keputusan, kemesraan perhubungan sesama manusia sebagai  motto hidup dan pencapaian  mereka sebagai  bukti dan petunjuk. Saya juga berbangga kerana GURU saya telah berjaya membimbing beberapa rakan saya menjadi orang yang berkualiti dan cemerlang.

     Saya telah besar dan boleh berdikari tetapi sentiasa akan menjadikan Mr Lee sebagai GURU dalam perniagaan saya.

     Hanya satu sahaja ucapan yang mampu saya luahkan.  
 Terima kasih CIKGU !.
“Jutaan” terima kasih !

Friday, December 18, 2009

PERJALANAN KERJAYA MELALUI LENSA KAMERA (SEMPENA MAAL HIJRAH 1431 )

MERAIKAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN...
  
BERKURSUS DI PONDOK ( GOPENG RESORT )
SOKONGAN  BERTERUSAN .....
JALANKAN AKTIVI BERSAMA...
BERKURSUS BERSAMA RAKAN-RAKAN DI LANGKAWI 


  
BERSAMA RAKAN-RAKAN DI COSTA SERINA ( MEDITERENEAN) 
TUMPANG BERGAMBAR DGN CEO DAN RAKAN-RAKAN DI NAPOLI 
MERASA MAIN SALJI
 
BERKONGSI PENGALAMAN DI KEMPINSKI...GENEVA

 

PELANCONGAN TAHUNAN.... HADIAH SYARIKAT..

Tuesday, December 15, 2009

3. KERJAYA SENDIRI



     Keinginan yang kukuh boleh mengubah kehidupan. Walau bagiamanpun kita perlu meletakkan diri di landasan yang betul sebelum memulakan usaha (take-off). Ramai juga orang mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat kajian, penyelidikan dan rumusan apakah kerjaya yang sesuai untuk merealisasikan impian yang terpendam di hati.
     Membuat keputusan bukan susah, bertindak mengikut keputusan yang telah dibuat adalah cerita yang berlainan. Saya sudah membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan Jualan langsung (MLM ) setelah membuat sedikit kajian peribadi mengenai syarikat yang di syorkan oleh rakan (kemudiannya menjadi guru MLM) saya. Memiliki perniagaan bersama syarikat yang kukuh, berwibawa dan beretika adalah mustahak kerana perniagaan kita adalah satu pelaburan jangka panjang dan mungkin seumur hidup. Ada juga rakan-rakan yang sibuk sangat mengkaji persaingan Syarikat Jualan Langsung dengan harapan untuk menyertai syarikat yang terbaik !. Jika kita cuba mendapatkan nasehat dari seorang pemimpin MLM, mungkinkah kita akan mendapatkan penjelasan yang jujur dan tidak memihak kepada mana-mana syarikat.
     Untuk membuka minda dan membuat keputusan, cubalah jawab beberapa soalan yang berkaitan dengan sesebuah syarikat MLM yang disyorkan.
     Adakah syarikat  dan/atau produknya:
1.     Kukuh dan mempunyai rekot pencapaian yang baik
2.     Mempunyai kepelbagaian produk
3.     Mengeluarkan produk syarikat sendiri atau dibekalkan oleh pihak lain
4.     Mempunyai pasaran produk yang luas  ( sedunia )
5.     Produk telah menerima pensijilan dan pengikhtirafan antarabangsa
6.     Memasarkan produk keperluan ramai dan mempunyai permintaan tinggi serta global
7.     Produknya senang dijual dan senang diperolehi.
8.     Syarikat mempunyai pelan perniagaan yang adil dan praktikal
9.     Mempunyai sistem latihan yang sistematik dan berkualiti.
     Jika anda mendengar penerangan dari  sesebuah organisasi yang hanya bercerita tentang menjual, atau tidak perlu menjual, atau memerlukan anda memasuki skim-skim yang tertentu.... atau anda adalah di antara orang yang pertama....larilah secepat mungkin...
     Sebenarnya anda hanya perlu memilih sebuah syarikat yang telah maju dan kukuh, mengeluarkan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta mempunyai sistem latihan yang berkesan untuk menjadikan anda seorang pemimpin kumpulan dan mudah pula diduplikasikan kepada rakan-rakan kongsi anda yang lain walau di mana mereka berada.
Pengalaman peribadi:
Saya membuat keputusan menyertai DXN dengan cepat dan mudah. Ia bukan kerana saya telah mengenali DXN malah saya tidak tahu apa-apapun tentang DXN. Saya bersetuju menyertai perniagaan ini kerana saya di ajak oleh seorang kawan lama yang saya hormati kerana prinsip hidupnya yang baik dan pengalamannya yang luas dalam Perniagaan MLM.

Friday, December 11, 2009

2: KEINGINAN


 (gambar hiasan)

      Saya berdoa untuk menutup kehidupan ini dengan senyuman walaupun mungkin tidak tercapai hajat dan keinginan untuk mencipta kejayaan besar seperti kebebasan kewangan, kebebasan masa, kebebasan memiliki apa yang dihajati, kebebasan dari penyakit dan kepuasan membantu orang lain menikmati kehidupan yang lebih baik. Setidak-tidaknya saya telah meninggalkan satu tapak dan satu panduan yang jelas untuk waris-waris saya menilai dan mengikutinya.

     Saya sedar bahawa saya tidak akan memperolehi apa yang diinginkan mahupun mencipta suatu kejayaan besar kecuali saya mempunyai satu keinginan yang sangat kukuh untuk mendapatkannya dan saya sangat yakin saya akan memilikinya.

     Peluang sentiasa terbuka untuk kita semua. Ia datang dalam semua keadaan  tetapi selalunya disedari bila kita berada dalam keadaan tidak menyenangkan. Ia mungkin bermula dari satu kisah penderitaan, satu kekecewaan, satu kemiskinan,  satu krisis, satu kemalangan, satu kehilangan, satu kesalahan, satu penghinaan dan sebagainya.

     Keinginan yang jitu untuk melakukan atau mendapatkan sesuatu adalah pembuka jalan kepada satu perubahan. Semua pemimpin dan peneroka bidang baru yang cemerlang bermula dengan keadaan yang tidak mengembirakan dan terpaksa menempuh bebagai halangan dan kegagalan sebelum mereka “tiba” ke destinasi sebenar. Keadaan “tidak baik” seperti krisis atau penderitaan telah menemukan mereka dengan “diri mereka yang lain” atau “diri mereka yang  baru”. Mereka akan mengenali diri  sebenar selain daripada diri yang telah mereka kenali sekian lama. Tidak ada sesutu keajaiban akan dirasakan sekiranya minda kita tidak disumbatkan dengan imijinasi-imijinasi positif sepenuhnya dan menyingkirkan benih-benih keraguan pada saat ianya mula bertunas.

     Bolehkah kita mengubah keinginan menjadi kenyataan atau sanggupkah kita menjadikan keinginan satu kenyataan. Mari kita cuba fikir dan praktikkan langkah-langkah mudah yang disyorkan ini.. 

1.       Tetapkan satu keinginan ( matlamat ) sebenar yang diinginkan. Rumah, kereta, pangkat, kuasa, kemasyuran....Kalau ia berbentuk wang, nyatakan jumlahnya dengan tepat. Kenyataan  “saya mahu jadi orang kaya atau saya mahu banyak wang” tidak tepat. Nyatakan jumlah wang yang anda mahu dengan tepat. ( saya mengambil contoh wang kerana setiap orang,  bermula dari anak kecil yang tahu menggunakan wang akan tahu nilai dan keperluan wang ).
2.       Tetapkan satu tarikh /waktu yang tetap tetapi realistik bila anda mahu nampak dan rasa wang itu sudah berada bersama anda atau di dalam akaun anda.
3.       Nyatakan berapa harga yang sanggup anda bayar sebagai pertukaran untuk mendapatkan jumlah wang yang telah ditetapkan. Ingatlah tidak ada sesuatupun benda berharga di dunia ini boleh dimiliki dengan percuma. Setiap usaha pasti akan memerlukan kesungguhan, masa, pengorbanan dan menempuh cabaran serta dugaan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk merealisasikan keinginan anda.
4.       Buat satu perancangan teliti bagaimana cara untuk mendapatkan wang tersebut. Sesungguhnya, Adakah anda benar-benar bersedia dan berani untuk menjadikan perancangan anda sebagai satu tindakan/ usaha.
5.       Tuliskan di sekeping kertas dengan jelas jumlah wang yang anda inginkan, tarikh anda akan memilikinya, nyatakan harga yang sanggup anda bayar untuk memilikinya dan nyatakan juga rancangan tindakan anda untuk memilikinya.
6.       Simpan pernyataan anda di dalam muka depan dalam dompet dan satu lagi di depan cermin muka di bilik anda. Baca pernyataan itu setiap pagi dan malam dan setiap kali anda membuka dompet wang . Ketika  membaca pernyataan itu, yakinkan diri  bahawa anda sudah pasti memiliki wang itu.

     Membuat pernyataan, akujanji  dan perancangan secara bertulis bukan  perkara susah tetapi untuk  melaksanakan apa yang telah ditulis secara praktikal walaupun cuma untuk membaca pernyataan yang kita buat sendiri setiap hari mungkin perlukan kekuatan dan kesungguhan yang tinggi. Minda dan perasaan kita pasti berani mempersoalkan, menyanggah dan memujuk kita melupakan  apa yang kita inginkan. Hanya jika kita benar-benar mahukan wang itu, kita tidak akan menghadapi  kesukaran untuk membina tekad dan meyakinkan diri  sendiri. Untuk memudahkan usaha, carilah seorang GURU..


pengalaman peribadi

     Satu hari saya telah dibicarakan dan terpaksa mengaku bersalah kepada “HAKIM” di atas tuduhan salahguna kuasa dalam bentuk wang, masa, tenaga dan ilmu ( sendiri ). Salahguna wang sahaja RM setengah juta lebih  dan menuju ke era muflis... belum kira nilai masa, tenaga dan ilmu yang disia-siakan. Saya benar-benar telah putus harapan. HAKIM memberi pilihan samada sanggup  menerima hukuman penjara 5 tahun dengan kerja berat untuk mengubah keadaan diri menjadi lebih baik atau dilepaskan untuk terus mewarisi  kemiskinan, penderitaan dan kehinaan sepanjang hayat. Demi maruah dan kemajuan diri.... saya sanggup menerima hukuman itu dan berjanji akan mematuhinya. Keinginan untuk melepaskan diri dari belenggu penderitaan mengatasi segala-galanya.  Syukur... selepas 3 tahun saya berjaya bebas. Hukuman itu betul-betul menjadi guru terbaik...

 ** Esok, inshaAllah, saya akan ke Majlis Hari Keluarga DXN. Saya berdoa untuk dapat bersua muka dan berjabat tangan dengan ke semua 2400 ahli keluarga yang datang dari seluruh dunia....


Sunday, December 6, 2009

1: BUKA MINDA



Salam Sejahtera !.
     Satu ungkpan Confucius yang terkenal menyatakan: “ Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama”. Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki". (H.R .Bukhari dan Muslim)
     Kita sebenarnya tidak pasti berapa batu jauhnya kita sudah dan akan pergi serta berapa lama masa yang masih berbaki untuk sampai ke destinasi akhir. Walau bagimanapun MARI KITA MULA dari sekarang kerana ia adalah lebih baik dari duduk berdiam diri di tempat yang sama sementara menanti panggilan terakhir....
     Mari kita mulakan langkah dengan semua sumber yang ada anugerah Tuhan. Kita gabungkan semuanya menjadi satu kekuatan dalam mengorak langkah menuju ke matlamat yang kita idamkan, atau kebahagiaan yang kita impikan, atau berjaya menemui jawapan dan erti sebenar apa yang kita cari dalam hidup ini. Mencapai ke destinasi yang dihajati tidak terletak pada satu langkah yang tertentu sahaja. Ia merupakan satu kombinasi beberpa faktor yang mana ada di antaranya lebih mustahak dari yang lain pada masa yang berlainan. Kita akan tahu melalui latihan dan pengalaman yang kita belajar dalam hidup ini.
     Langkah pertama yang saya rasa perlu kita lakukan ialah MEMBUKA MINDA . Kata orang “ minda manusia seperti sebuah payung terjun, ia akan hanya berfungsi apabila terbuka”. Selalu kita mendengar tentang sesuatu tetapi kita gagal menilai penerangan tersebut dari sudut yang berlainan selain dari apa yang kita tahu. Bila ada orang cuba memberi peluang, kita sudah terlebih dulu menutup minda dan membuat keputusan untuk menolak tanpa mahu melihat fakta dan menyoal adakah peluang itu baik atau tidak atau bagaimanakah peluang ini boleh di manfaatkan?. BUKALAH MINDA untuk mendengar kecuali perkara/peluang yang diberikan adalah satu peluang yang jelas melanggar hukum atau ianya satu peluang yang boleh menjadikan kita kaya raya dengan segera tanpa perlu usaha.
     Perspektif seseorang dalam sesuatu perkara adalah disebabkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman lampau yang terjadi kepada mereka. Ia selalunya menjadi pedoman. Jadi, apapun perspektif seseorang, ia adalah betul kepada orang tersebut sehinggalah dia boleh MEMBUKA MINDA untuk melihat dan memahami sesuatu dari beberapa sudut berlainan.
     Dalam industri Jualan Langsung (MLM ), setiap orang mempunyai tafsiran tersendiri berdasarkan ilmu dan pengalaman sendiri serta sedikit cerita/maklumat dari orang lain. Kagagalan untuk melihat dan memahami industri dan sistem MLM secara menyeluruh mungkin sangat merugikan. Apa yang perlu dilakukan ialah; dengar dan soal, dengar dan soal lagi sehingga mendapat penjelasan yang mantap dan memuaskan hati sehingga boleh membuat keputusan.
     Mengapakah kita gagal mengenali peluang perniagaan ini? Sebabnya banyak. Sebagai contoh, ramai orang kenal KFC atau sebuah lombong tinggal. Semua orang boleh memberi pendapat dan ada yang menjadi pelanggan tetap KFC dan pemancing setia di lombong tinggal tetapi ramai yang gagal melihat perniagaan KFC atau sebuah kawasan lombong tinggal sebagai satu peluang perniagaan dan sumber pendapatan.
    Setiap peluang akan hanya menampakkan kehadirannya kepada orang yang berusaha mengenali dan meneroka peluang tersebut. Di sinilah letaknya kepentingan memahami betapa mustahakanya MEMBUKA MINDA.
     Bukalah minda kepada peluang perniagaan MLM dan bukalah minda dan belajarlah mengenali hati-budi industri bersifat global ini lebih luas dengan menghadiri perjumpaan untuk taklimat dan latihan secara berterusan.

Tetapi tiada sesuatupun yang akan terjadi tanpa KEINGINAN......

Selamat Maju Jaya.

Pengalaman peribadi:
Satu hari saya telah hadir mendengar taklimat satu skim perumahan baru berhampiran kawasan tempat tinggal saya. Saya bersetuju pergi setelah didesak oleh isteri yang menerima panggilan telefon dari wakil syarikat pemaju hartanah tersebut. Pada 10 minit yang pertama di sesi taklimat itu, saya hanya memikirkan bagaimana mahu keluar dari tempat tersebut kerana saya rasa ianya betul-betul membuang masa. Semua hadirin saya tidak kenal termasuk penyampai taklimat tersebut dan saya memang tidak bercadang untuk membeli rumah. Saya keluar sebelum taklimat itu selesai. Ia berlaku pada tahun 2002 dan sekarang kawasan tersebut menjadi sebuah bandar baru dan nilai rumah di kawasan tersebut meningkat 3 kali ganda dari harga asal. Saya tahu kerana rakan baik saya baru membeli sebuah rumah di kawasan tersebut. Saya terlepas satu peluang keemasan kerana menutup minda untuk mendengar peluang yang dihadiahkan kepada saya. PELUANG ITU HANYALAH SEKALI SAHAJA !

Tuesday, December 1, 2009

PELANCONGAN PERCUMA


SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI,
KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI YANG DIHORMATI.
     PEMIMPIN-PEMIMPIN KUMPULAN PAKATAN TELAH MENYEDAKAN INSENTIF PELANCONGAN KE LUAR NEGARA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA RAKAN KONGSI KUMPULAN.
SYARAT KELAYAKAN::
  1.  Ahli dan Star Agent yang mencapai status QUALIFIED STAR DIAMOND dalam tempoh tawaran   insentif .
  2.  Star Ruby yang mencapai Status  QUALIFIED STAR DIAMOND dengan DGPV 30,000 dalam tempoh   tawaran insentif.
  3.  Star Diamond yang berjaya melahirkan 2 QUALIFIED STAR DIAMOND atau memiliki DGPV 60,000    dalam tempoh tawaran insentif.
  TEMPOH TAWARAN INSENTIF PELANCONGAN:
        01 DESEMBER 2009 SEHINGGA 30 NOVEMBER 2010.
TEMPAT LAWATAN:
         BANDUNG ATAU BANGKOK
         ( mengikut pilihan majoriti )
PAKEJ INSENTIF:
        Tiket kapal terbang pergi dan balik, penginapan hotel    ( 2 orang sebilik ), makanan dan pakej lawatan yang talah di atur  selama 4 hari 3 malam.
CATATAN:
  1.  Pakej insentif pelancongan ini di tawar dan dikelolakan oleh Pemimpin   Kumpulan Pakatan Mukmin untuk  rakan kongsi Kumpulan Pakatan Mukmin yang layak sahaja.
  2.  Pakej ini tdak melibatkan pihak syarikat DXN dan mana-mana pihak lain.
  3.  Pakej ini adalah untuk seorang iaitu penama yang berdaftar sahaja.
RUJUKAN:
       Sila hubungi Pemimpin Star Diamond Kumpulan Pakatan untuk maklumat dan penerangan.