MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Monday, March 8, 2010

19: ILMU KEMANUSIAAN

"People don't care how much you know until they know how much you care."

     Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa kejayaan sebenar memerlukan sebuah organisasi yang besar, kuat dan berkekalan. Kemahiran asas yang lebih penting dari kemahiran 4M ialah kemahiran kemanusiaan iaitu berinteraksi dengan orang lain. Ia merupakan satu kemahiran halus ( soft skill) tentang kemanusiaan. Walaupun kita mempunyai kemahiran asas teknikal (4M) yang sangat baik tetapi kita akan gagal juga sekiranya kita tidak memiliki kemahiran halus untuk mengenali dan memahami orang lain.

     Kebolehan kita menyuarakan pendapat tentang sesuatu perkara dengan perkataan dan gaya bahasa yang berbeza boleh membawa kesan yang besar. Kata-kata yang ikhlas, perbuatan yang jujur, tindakan yang beretika serta perasaan menghormati orang lain walau siapapun mereka akan memberi kesan dan menentukan samada rakan kongsi akan mahu terus bersama kita atau sebaliknya.

     Kemahiran kemanusiaan bermula dengan intergriti diri - iaitu melakukan apa yang kita kata mahu lakukan dan bukan melakukan apa yang kita kata kita tidak mahu lakukan.

     Kemahiran kemanusiaan juga ialah belajar menghormati dan menghargai semua orang lain. Menghormati pendapat orang lain walaupun tidak sealiran dengan pendirian kita sendiri, akan menjadi jambatan perhubungan baik dan positif untuk jangka panjang. Mungkin peluang yang anda bentangkan kepada seseorang tidak disedari kebaikannya sekarang tetapi beliau akan mencari kita semula apabila beliau memerlukannya di satu masa nanti.

     Perkara asas yang sangat penting ialah mengingati nama rakan kongsi kita dan menyebut nama mereka dengan gelaran yang betul atau bersesuaian. Perkara asas yang penting inipun selalu kita lupa atau tidak di endahkan. Kemahiran kemanusiaan juga meliputi berbagai bidang seperti kemahiran bercakap, bertanya, mendengar, memberi pujian, memberi semangat dan dorongan, meminta maaf ( dengan ikhlas ) apabila melakukan kesalahan, menyelesaikan konflik, berhubung dan membina impian bersama.

     Kita juga perlu mengawasi sempadan dan batasan yang tidak harus kita lepasi dalam perhubungan dengan seseorang. Kebanyakan orang boleh memaafkan hampir kesemua kesilapan kita kecuali ia berhubungan dengan aspek etika dan kepercayaan. Sekali orang tidak mempercayai kita, mereka tidak akan mahu berkawan dan berurusan dengan kita lagi. Saya percaya, kita tidak perlu masuk campur atau ganggu urusan kewangan, urusan kepercayaan, soal keegoan dan soal perhubungan suami isteri dan keluarga mereka walaupun mereka sahabat baik kita.

     Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza, adalah baik jika kita dapat memahami personaliti kita sendiri dan cuba mengenali personaliti orang lain yang berkawan dengan kita. Tanpa kefahaman ini kita akan berasa sangat hairan mengapa orang lain tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan dan lebih dahsyat lagi kita merasa hairan mengapa kita sahaja orang yang berilmu dan pandai serta berkebolehan sementara orang lain semuanya mengalami kecacatan akal fikiran.

Pengalaman peribadi:

Saya kongsikan bebrapa pesanan ringkas melalui sms dari beberapa rakan kongsi saya yang masih saya simpan sehingga sekarang

1. Tk. Tuan sy amat letih skrg apa yg d harap tk menjadi.. mukin dxn org dah x beminat agaknya. Sy dah sampai taman Megera tapi gagal semuanya... ( 10082009-3.39 pm )

2. Terima kasih.kemajuan ini adalah dari bantuan pelbagai pihak.jasa anda sekelian didahului dgn jutaan terima kasih.hanya allah yang akan dapat membalas budibaik tuan.(04122008-7.54 pm)

3. Tak tahu apa nak kata masa ini semuanya tak menjadi.Tkasih semuanya (15092009 -11.31 pm)

4. ssrn & impian sya sd bln sep sbgai hdiah hrijdi sya. Lgipun kos hdup skrg amt tinggi ( 12122009-6.31pm)

5. rupa2nya sahabat hanya utk tikam kita dr belakang. Ada yg kita harap blh tlg tp pun tengok dan biar saja (07122008-2.21am)

semua sms ia adalah tulen dan saya tidak mengubah sedikitpun tulisannya.