MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, January 19, 2010

10. BERUSAHA




1.       Buat perkara yang betul. Kita tentu tahu apa perkara yang betul dan salah. Kita tahu apa cara yang betul dan salah. Buatlah sesuatu yang betul dengan cara yang betul kerana kita akan bertanggung jawab dan menerima balasan bersesuaian dengan niat dan usaha yang kita lakukan.

2.       Buat yang terbaik. Tidak cukup dengan ilmu dan kemahiran serta pengalaman yang tinggi dan banyak, kita perlu berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh secara berterusan untuk mencipta kejayaan dan kesenangan diri.

3.       Tetapkan sasaran dan matlamat. Kita perlulah mempunyai sesuatu yang kita perlukan atau mahukan. Mengapa kita melakukan sesuatu...? Ramai orang idak mempunyai matlamat dan tujuan, ada yang matlamatnya terlalu kecil, ada yang bermatlamat tetapi tidak realistik, ada yang tiada matlamat yang  jelas dan ada juga yang mempunyai terlalu banyak matlamat dalam sesuatu masa sehingga akhirnya tidak menjadi kenyataan. Beranikan diri untuk mencipta dan menulis matlamat sendiri.

4.       Tetapkan keutamaan. Bukan semua perkara boleh kita lakukan bersendirian ataupun dalam satu masa tertentu. Apakah kita perlu memenuhi semua tuntutan yang datang kepada kita. Buat analisa dan berikan tumpuan dan  perhatian serta usaha untuk meningkatkan kemajuan diri dan mendekatkan kita kepada matlamat.

5.        Utamakan perkara asas. Kejayaan yang besar bermula dengan beberapa kejayaan kecil dari usaha kita sendiri. kita tidak perlu menunggu masa, kesempatan atau peralatan canggih untuk melakukan aktiviti. Jika kita mengabaikan tugas dan tanggungjawab asas kita walaupun nampak kecil, ia akan meruntuhkan usaaha yang kita dan melenyapkan matlamat dan impian.

6.        Percaya kepada diri sendiri. Apa dan bagaimana orang lain nampak tentang diri kita tidak memberi markah. Kita perlu percaya kepada diri sendiri. Ini sangat penting. Percayalah kita boleh melakukan, sanggup melakukan dan percayalah kita boleh berjaya. Jangan teragak-agak  dan was-was kerana ia akan membantutkan usaha. Kita tidak boleh mencapai kemajuan apapun jika tidak percaya kepada diri sendiri.

7.        Percaya kepada orang lain. Kerja berpasukan adalah satu asas kemajuan. Jika kita tidak boleh atau tidak mahu bekerjasama dan tidak peduli antara satu sama lain, kita tidak berpeluang untuk berjaya.

8.        Menghadapi cabaran. Cabaran dan masalah adalah satu perkara universal. Kita pasti akan di “hadiah”kan cabaran dan masalah, jadi bersedialah untuk menerima dan memikulnya.

9.        Jangan berputus asa dan berundur. Lakukanlah aktiviti yang asas secara tekun dan berterusan walaupun hanya sedikit. Bila kita sampai ke destinasi bukan keutamaan tetapi kita perlu melangkah terus walaupun selangkah atau seinci ke hadapan dengan penuh keyakinan menuju ke arah matlamat. Berputus asa memberi petanda kemusnahan matlamat dan impian hidup yang kita idamkan.

10.    Lakukan kepada orang lain sebagaimana kita mahu diperlakukan. Tidak  ada sebuah keluarga, kumpulan, masyarakat dan bisnes boleh maju dan bahagia tanpa perasaan kasih sayang, hormat-menghormati, menghargai  dan persefahaman serta kerjasama. Kita mulakan dahulu dan kita akan menerima balasan yang sama yang kita berikan kepada orang lain.

Ikhlaskan niat, berdoa ( minta ) kepada tuhan yang maha mendengar dan mengetahui apa yang kita hajatkan. Bersyukurlah dengan setiap nikmat pemberian tuhan dan terus memningkatkan usaha untuk menjadi hamba yang berjaya di bunia dan akhirat.