MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Wednesday, January 13, 2010

9. KOMITMEN


     Erti Komitmen boleh dipelajari dari seorang anak kecil yang baru belajar berjalan. Biar berkali-kali dia jatuh, adakalanya terluka dan menangis namun dia tetap bangun semula untuk mencuba sekali lagi sehingga berjaya berjalan di atas kedua-dua kakinya.

     Komitmen ialah satu perjanjian pada diri sendiri ataupun kepada pihak lain yang boleh dilihat dalam bentuk tindakan. Sebaiknya, sekali membuat komitmen, kita akan mempertahankannya sehingga ke akhir. Setiap orang pasti pernah membuat komitmen, walaupun komitmen itu tidak dibuat dalam dalam bentuk ucapan. Semakin bertambah umur seseorang semakin bertambahlah komitmen yang perlu diselesaikannya.

     Mengubah pendirian dan fikiran serta hala tuju kehidupan memerlukan komitmen besar. Ia mesti bermula dengan satu perasaan / niat mahukan sesuatu yang betul-betul berlainan dari apa yang kita miliki dan hadapi. Barangkali mahukan kesihatan yang baik, mahukan pendapatan lumayan, kekukuhan ekonomi, mahukan kebebasan diri mahu adventure atau lain-lain. Dan, bukan senang mahu berubah!!.

     Siapakah yang mahu berjaya? Saya !!. Saya mahu berjaya, sayalah yang perlu berusaha. Bukan orang lain berusaha untuk menjayakan saya. Untuk melakar peta kejayaan itu, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian khusus

Pertama: Buatlah satu keputusan samada mahu melakukan atau tidak, mahu berjaya atau terus berada dalam keadaan sekarang.

Kedua: Buatlah keputusan untuk tidak mahu menerima apa-apa tawaran samada kerja atau peluang lain dari mana-mana pihak yang boleh mengganggu dan menggagalkan bisnes ini.

Ketiga: Bisnes ini bukalah salah satu pilihan, bukan satu alternatif tetapi adalah satu-satunya pilihan.

     Ketiga-tiga perkara ini mestilah tersemat kukuh dihati untuk meneroka ke puncak kejayaan, ingatkan diri bahawa inilah sahaja peluang untuk mencapai impian.

     Apabila ini termaktub dihati dan minda, kita akan komit sepenuhnya kepada bisnes ini. Mengapa kita perlukan komitmen penuh ( 100 % )?

i.       Usaha kita memerlukan masa untuk memberikan hasil. Jika kita buat secara suka-suka, sambil lewa atau bermusim, kita akan kerugian masa dan tidak akan mencapai hasil yang diharapkan
ii.      Kita akan menempuh cabaran dan dugaan sepanjang kerjaya ini dan sekiranya kita tidak komit sepenuh hati, kita akan mudah merasa kecewa, berputus asa dan berhenti.
iii.    Rakan kogsi kita tidak akan mengikut jejak langkah kita sekiranya mereka tidak nampak kita bersungguh-sungguh dan tidak ada matlamat serta tujuan. Tidak ada siapa mahu mempertaruhkan nasib dan masa depan bersama dengan seorang kawan yang lemah dan tidak komited.

     Banyak perkara akan berlaku yang menjadi pengalaman dan pengajaran akan kita tempuhi sepanjang kerjaya ini. Soalnya apakah yang saya akan buat sekiranya keadaan berikut terjadi:

i.     Penaja saya berhenti?
ii.    Pemimpin saya berhenti ?
iii.   Pemimpin hebat dalam kumpulan saya bertukar haluan ?
iv.   Pasangan sendiri tidak menyokong?
v.   Amaran tindakan dari bos atau ketua jabatan?
vi.  Keadaan saya berubah kerana mendapat tawaran kenaikan pangkat atau bertukar tempat kerja ?
vii.  Majoriti rakan-rakan baik saya mengatakan “tidak” ?

     Jika jawapannya ialah, saya akan teruskan, saya berada di landasan yang betul untuk menuju kejayaan kerana kejayaan itu terletak ditangan saya.

     Kepada apa dan siapa saya perlu komited ?. Adakah kepada penaja, pemimpin atau Syarikat?. Saya hanya perlu komited kepada diri saya, impian saya, matlamat saya dan proses mencapai kejayaan dengan melakukan aktiviti harian yang membolehkan saya menjadi pemimpin hebat dalam bisnes saya sehingga mencapai impian hidup saya.

Pengalaman peribadi

     Pada hari saya mencapai status pertama (SA), saya memberitahu penaja dan rakan kongsi lain, saya mahu buat bisnes ini sepenuh masa. Saya sudah jemu dan bosan bekerja tapi tidak pernah ada wang. Saya telah mengisi borang berhenti kerja dan meletakkan tarikh saya mencapai SD untuk saya meletak jawatan. Memang semua ahli keluarga tidak bersetuju dan ada sebilangan kecil rakan-rakan yang tersenyum-senyum dan ramai yang memberi nasehat meminta saya melupakan hasrat untuk berhenti. Kata mereka saya tidak bijak jika berhenti. Saya tidak salahkan mereka semua kerana mereka tidak tahu apa yang ada di dalam hati dan fikiran saya!! Dengan izin Allah, Saya memenuhi janji saya tetapi terpaksa menunggu 3 tahun selepas menyerahkan surat peletakan jawatan untuk bebas dari bekerja terikat dengan masa dan arahan orang lain. FREEDOM.....