MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, March 2, 2010

18. KOMPETEN


gambar hiasan

Kompeten bermaksud cekap, layak, mampu menjalankan tugas dengan sempurna, berkuasa melakukan atau membuat keputusan tentang sesuatu.

Kompeten kemahiran asas bisnes adalah sangat penting. Kemahiran asas ini ialah
Ø    Mengguna dan menjual
Ø    Menaja
Ø    Memberi khidmat/ servis
Ø    Menimba ilmu

Menjual adalah nadi bisnes. Ini perkara yang tidak boleh diabaikan. Berapa ramaipun rakan kongsi kita tidak bermakna tanpa jualan. Kepda rakan kongsi yang tidak boleh menjual, mereka boleh bermula dengan menggunakan produk dan menjadi pengguna bijak dengan menggunakan kuasa pengguna untuk mendapatkan pulangan dari setiap belian peribadi. Mereka boleh belajar ilmu dan kemahiran menjual secara perlahan-lahan secara teori dan praktikan bersama rakan kongsi lain.

Kemahiran menaja termasuklah kebolehan untuk mencari prospek, menjemput prospek ke perjumpaan, membuat presentasi, menaja dan membuat aktiviti susulan untuk mempastikan  rakan kongsi baru  boleh memulakan bisnes dengan baik.

Memberi khidmat adalah memberi penerangan, tunjuk ajar, bimbingan dan bantuan serta berusaha mengatasi kelemahan ketara secara teori dan praktikal untuk rakan kongsi menjalakan bisnes. Aktiviti Servis ini akan berterusan mengikut tahap pencapaian rakan kongsi tersebut.  Kemahiran memberi khidmat ini termasuklah menunjukkan, mengajar dan menduplikasikan kemahiran kita kepada rakan kongsi lain.

Menghadiri perjumpaan adalah untuk mencari dan berkongsi ilmu yang menyeluruh dalam bidang bisnes ini. Ini termasuklah perjumpaan kumpulan kecil, seminar, kursus dan melalui berbagai bahan bacaan dan alat pendengaran  untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran bisnes, sehinggalah kita boleh mempromosikan setiap perjumpaan dan aktiviti anjuran syarikat atau kumpulan sendiri. Kita juga mesti menguasai kaedah menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan rakan kongsi kumpulan sendiri.
 
Lebih cepat kita boleh menguasai semua kemahiran asas ini, lebih cepat kita boleh membina bisnes denga baik secara berdikari. Untuk menguasai sesuatu bidang bahkan bisnes MLM inipun memerlukan kita menguasai kemahiran asas. Ramai orang mengganggap bisnes ini tidak memerlukan ilmu, kemahiran dan usaha. Ini tidak benar. Cubalah mendapatkan ilmu dan kemahiran ini daripada pemimpin dan buku-buku atau CD yang banyak terdapat di pasaran.

Ramai usahawan MLM yang teruja dan akhirnya terperangkap dalam aktiviti-aktiviti motivasi dan kepimpinan atau aspek membina rangkaian semata-mata sehingga mengabaikan fakta bahawa aktiviti asas seperti jualan, penajaan dan memberi perkhidmatan baik merupakan nadi dan punca keuntungan bisnes.

 Cubalah belajar dan menguasai  kemahiran asas ini untuk membina bisnes yang besar dan kukuh. Kita harus dapat merasakan kemajuan yang berterusan walaupun sedikit dan perlahan dalam bisnes. Sekiranya kita telah berusaha tetapi tidak ada kemajuan yang dicapai, mungkin kita tidak menguasai kemahiran asas bisnes atau kita perlu menukar cara dan corak aktiviti asas bisnes kita. Kita akan berkongsi tentang ilmu kemanusiaan di masa akan datang.

Kita akan sambung dengan kemahiran ilmu kemanusiaan.

Pengalaman peribadi.

Bermula sebagai rakan kongsi yang ditaja oleh seorang rakan kongsi lain ( sekarang tidak lagi bisnes bersama ) yang saya janjikan untuk membantu, permintaan (arahan) pertama beliau ialah untuk mendapatkan 2 kotak kopi di hantar ke rumah beliau sejauh anggaran 67 km. Saya setuju walaupun rakan-rakan kata ia sangat merugikan. Pertemuan kali kedua, saya mencuri sedikit masa membuka perbualan tentang FORM dengan beliau. Perjumpaan menghantar barang kali ke tiga dan beberapa pertemuan kemudian, saya bertemu di sebuah gerai 46 km perjalanan saya sambil minum kopi . Di perjumpaan seterusnya kami sudah mengadakan perjumpaan kecil bersama beberapa prospek dan rakan kongsi baru beliau dan pesanan produk juga semakin bertambah besar. Sekarang, beliau telah menjadi seorang pemimpin, telah mencapai status yang dicita-citakannya, mendapat pendapatan bulanan yang diidamkannya dan beliau berdikari menguruskan bisnes DXN sendiri.  Sekarang sesekali bertemu, kami tidak banyak bercakap tentang bisnes lagi dan sekarang, kami bersahabat baik sahaja!!.