MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Saturday, March 20, 2010

20: MENDENGAR DAN BERTANYA


     Dengarlah cakap pelanggan dan prospek! Berilah peluang mereka bercakap !!. Kita selalu rasa dan berfikir kita tahu apa yang terbaik untuk mereka dan tidak berminat untuk mendengar sehingga selalu kita memotong cakap mereka walaupun kita sebenarnya tidak tahu apa yang menjadi permasalahan mereka pada waktu itu sehinggalah kita  mendengar dengan teliti, kita akan sedar bagaimanakah keadaan mereka dan apa yang mereka mahu dan kita boleh berusaha memberikan apa yang mereka inginkan. 
     Perkara yang sama juga penting dengan semua rakan kongsi kita. Jika kita mahukan mereka berjaya, kita perlu mengenali dan mendengar dengan teliti matlamat dan impian serta masalah mereka dan memberikan mereka peralatan  dan sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya, bukan apa yang terbaik untuk kita atau kita hanya memikirkan keuntungan jangka pendik sahaja.
     Selain daripada kemahiran asas 4M yang penting,  “Kemahiran halus” asas yang terpenting ialah kemahiran mendengar. Mendengar dengan teliti dan sepenuh hati. Kita perlu belajar menahan diri dari benyak bercakap. Inipun perlu dipelajari juga.
     Untuk mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman pelanggan dan rakan kongsi, kita perlu bertanya. Soalan yang baik menggalakan jawapan yang menarik. Bertanya soalan yang betul dan kemudian diam dan dengarlah jawapan mereka. Ramai orang menyangka menjadi usahawan MLm memerlukan kepetahan bercakap. kebenarannya ialah adalah lebih penting kita menjadi pendengar. Dengar dan belajarlah dari pemimpin kita sementara kita berusaha untuk mencari ilmu dan pengalaman untuk memiliki soalan-soalan lazim yang bersesuaian dengan seseorang atau keadaan.
     Seorang yang bersifat sinis selalunya dengan senyuman akan bertanya berapa banyak pendapatan kita sebulan.  Untuk seorang yang baru dalam bisnes ini memberitahu  pendapatan kita RM 30, dan ianya tidak cukup untuk mengisi petrol kereta. Itu bukanlah jawapan yang bernas. Saya syorkan kita jawab soalan dengan soalan. Adalah lebih baik kita respon dengan cara bertanyakan beberapa siri soalan tanpa meruntuhkan ego seseorang, contohnya
Soalan: Adakah Encik memiliki ijazah ?
Jawapan: Ia / tidak.
Soalan: Berapa tahun diperlukan untuk mendapatkan ijazah?
Jawapan: Tiga/empat tahun?
Soalan: Adakah mereka mendapat gaji dalam masa tiga tahun  mereka belajar
Jawapan: Dapat pinjaman...
Ulasan: Pinjaman itu bukan pendapatan. Mereka berusaha 3 tahun tanpa pendapatan. Mengapa kita perlu risau dengan pendapatan yang sedikit baru sahaja berusaha  tiga bulan. Cuba kita bayangkan pendapatan kita dalam masa tiga tahun. Tentu lumayan.
     Kita tidak tahu apakah yang ada di dalam fikiran pelanggan, prospek atau rakan kongsi kita. Apabila mereka bertanya dan kita memberi jawapan, belum tentu mereka terima dan percaya. Apabila kita yang bertanya, mereka akan memberikan jawapan yang mereka rasa dan percaya adalah betul. Belajarlah membina soalan-soalan yang akan membawa penjawabnya kepada jawapan atau kesimpulan yang mereka mahukan. Apabila anda bersemuka dengan satu pasangan, cuba bertanyakan soalan yang menyentuh kepentingan mereka bersama. Kalaupun seorang daripada mereka berdiam diri, tidak semestinya beliau harus diketepikan.  
Pengalaman peribadi:
     Saya ada seorang rakan kongsi yang aktif melakukan aktiviti bisnes dengan baik dan produktif. Beliau cepat mencapai beberapa status dalam perniagaan ini. Tiba-tiba beliau berhenti melakukan aktiviti. Saya cuba bertanyakan masalah beliau tetapi beliau hanya berkata sibuk dengan tugas rasmi. Saya mendapat tahu masalah sebenar beliau apabila isteri saya berkesempatan bertemu dan mendengar cerita isteri rakan kongsi saya. Berbekalkan cerita isteri beliau, kami berpeluang bertemu semula untuk mengesahkan masalah beliau dengan bertanyakan soalan-soalan dan mendengar penjelasan beliau. Beliau kembali yakin dengan bisnes ini dan terus maju sehingga sekarang. Anda tahu apakah masalah beliau?. Seorang ustaz mengatakan “bisnes MLM - Haram”.