MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Thursday, October 29, 2009

HARAPAN : HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI

SALAM SEJAHTERA,


Apakah yang akan berlaku esok agaknya? Tiada siapa tahu. Apa sahaja boleh berlaku - baik maupun tidak baik. Tidak ada yang mustahil ( Nothing is impossible ). Saya harapkan hari esok saya akan lebih baik dari hari ini dan hari-hari akan datang lebih menggembirakan dari yang sebelumnya. Tetapi adakah hari ini saya lebih baik dari semalam ? Belum !!. Sedang mencuba formula untuk mendapatkan hari esok yang lebih baik; Mungkin dengan kerajinan, ilmu dan “pelaburan” yang baik. Setiap hari saya sibuk dengan berbagai hal, jadi biarlah kerajinan, ilmu dan pelaburan yang saya buat adalah sebagai satu hobi sahaja supaya saya tidak merasa jemu dan tertekan. Biasanya saya bersikap lebih suka dan rela melabur ke bidang hobi yang saya minati..

Apabila saya melakukan sesuatu dengan seronok, saya akan bertenaga untuk melakukannya dan terhindarlah saya dari memikirkan dan bercakap tentang hal orang lain yang tidak berkaitan. Saya akan lebih fokus untuk memajukan kerjaya sendiri. Saya perlu merasakan melabur lebih tenaga dan masa serta menghadiri majlis ilmu sebagai satu hobi yang menyeronokkan.

Saya mula tersedar bahawa dengan minat dan hobi ini saya akan menuju ke arah mencapai kejayaan dan merealisasikan impian hidup yang saya idamkan. Saya berdoa biarlah setiap pagi saya bangun dengan rasa teruja untuk memikirkan kerjaya saya dengan harapan “hari ini akan lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini”

Inshaallah.

Sabda Rasul:
“ Dan janganlah di pilih hidup bagai nyanyian ombak, hanya berbunyi ketika terhempas di pantai. Tetapi jadilah kamu air bah, mengubah dunia dengan amalmu”