MeeAmri

Saya seorang usahawan perniagaan MLM bersama Syarikat DXN Marketing Sdn. Bhd. yang memberi perkhidmatan membantu dan menyokong semua orang untuk memulakan perniagaan secara kecilan dan sampingan dari rumah secara PERCUMA.

Tuesday, December 29, 2009

5 . CITA-CITA, MATLAMAT DAN IMPIAN…

   Ini adalah perkataan yang biasa saya dengar. Buku-buku, pakar motivasi dan orang berjaya menyatakan , Kita mesti ada matlamat dan impian terlebih dulu sebelum berusaha menuju ke arah matlamat berkenaan. Berbagai teori tentang cara mencapai matlamat diberikan untuk kita nilai dan ikuti. Saya lebih percaya kita perlukan satu SEBAB yang sangat kuat, besar dan jelas dan sentiasa fokus untuk merealisasikan matlamat dan impian. Tanpa SEBAB yang kuat, kita akan mudah mengalah !!

   Bila sudah ada sebab yang kuat, Saya juga perlu tahu dengan jelas jalan yang perlu dilalui untuk sampai ke destinasi saya. Jika saya memiliki kereta yang hebat dan laju tetapi saya bergerak ke arah yang bertentangan, tak mungkin saya sampai ke destinasi matlamat saya. Jika saya memandu dengan asyik menumpukan perhatian kepada papan meter untuk menentukan kelajuan tanpa melihat arah jalan yang betul, saya bergerak tapi tidak tahu entah ke mana destinasinya. Jika saya sibuk mengejar masa dan sibuk tanpa dapat merasai hasil pencapaian yang diharapkan, maka matlamat saya akan tinggal sebagai angan-angan.

   Untuk merancang ke depan, saya mesti menjadikan kerjaya dan keadaan hidup pada hari ini sebagai kayu pengukurnya. Saya perlu menilai keadaan dan kedudukan saya sekarang dari segi berikut:
1.  Pekerjaan /kerjaya.
2.  Pendapatan/gaji
3.  Perniagaan/ pelaburan
4.  Jaminan kerjaya / hidup
5.  Batasan masa dan usia
6.  Peluang saya

     i.   Bagaimanakah keadaan kehidupan saya sekarang?
          (ok atau ko )
     ii.  Bolehkah pekerjaan sekarang merealisasikan impian hidup ?
         ( ia atau tidak )
     iii. Pernahkah terfikir untuk menikmati keadaan hidup lebih baik?
         ( ia atau tidak )
     iv. Jika ada peluang yang boleh mengubah hidup saya, mahukah saya mengusahakannya?
         ( ia atau tidak )

   Dari banyak peluang yang hadir melalui berbagai saluran, adakah peluang itu sesuai dan boleh membantu saya mencapai impian. Untuk itu saya perlu tahu dengan sejelas -jelasnya apa yang saya mahu. Saya bertanya apakah yang terpenting dalam hidup saya ini….. Kemewahan, pangkat /kuasa, populariti, harta benda, kebebasan, kesehatan, family, kebajikan, syurga dan sebagainya…..Ada orang kata ada perlu menulis 100 perkara yang kita mahu, kalau mahu, tulislah……

   Sesuatu yang menarik ialah ramai rakan saya yang mahukan kejayaan, kemewahan dan kebebasan diri tetapi masih kekal bergantung harap kepada ( jaminan ) kerja sedia ada. Mereka terlalu takut untuk keluar dari lingkungan yang terbina di sekeliling mereka.

MEREALISASIKAN IMPIAN.

    Mencapai impian besar yang telah di tetapkan perlukan usaha dan masa serta rancangan tindakan. Kita perlu pecahkan impian yang besar kepada beberapa matlamat kecil yang sesuai untuk menuju kepada impian tersebut. Pecahkan perancangan kepada tahunan, setengah tahun, suku tahun, sebulan, seminggu dan sehari. Setiap usaha kecil setiap hari tidak menampakkan impak kepada impian tetapi ia akan mendekatkan kita kepada matlamat jangka pendik.

   Aktiviti harian akan menampakkan hasil dalam seminggu, aktiviti mingguan akan menampakkan hasil dalam sebulan dan begitulah seterusnya. Aktiviti asas harian ini mudah untuk dilakukan dan mudah juga untuk dilupakan… tidak mengapalah jika kita tidak membuat aktiviti asas untuk satu hari atau dua hari tetapi sebenarnya kita telah membina satu sikap negative dan secara tidak sedar merencanakan satu lagi kegagalan.

     Pada setiap hujung bulan kita akan dapat menilai hasil pencapaian peribadi. Cemerlang, baik, sederhana atau buruk. Dari hasil pencapaian itu kita boleh membuat kesimpulan: “Bagaimanakah cara lain yang boleh dibuat untuk meningkatkan pencapaian pada bulan hadapan?”. “Apakah yang saya telah belajar dari hasil pencapaian ini?”. Jawapan yang jujur meningkatkan kematangan diri.

   Ada rakan yang membina perniagaan tanpa impian. Mereka tidak mempunyai semangat dan motivasi diri untuk maju terutamanya di waktu dilanda dugaan. Ada rakan yang ada impian tetapi tidak ada komitmen untuk melaksanakan aktiviti asas perniagaan untuk mencapai kemajuan. Mereka berusaha sambil lewa. Ada rakan yang mempunyai impian yang besar beserta dengan perancangan yang lengkap tetapi tidak melakukan aktiviti asas harian. Ada rakan yang hanya bergerak bila diajak, ada penyeliaan dan pengawasan seumpama mereka hanyalah bekerja dan dibayar gaji oleh orang lain.

   Cara yang terbaik ialah dengan bertanggungjawab kepada diri dan pencapaian sendiri. Adalah baik jika kita mempunyai GURU dan perlu memberi laporan prestasi kepada GURU kita. Dengan cara ini kita akan mengambil perniagaan ini secara serious. Kita juga perlu bertanggungjawab kepada pemimpin dan semua rakan kongsi kumpulan.

Pengalaman peribadi:
   Saya seorang yang takut membina impian. Setiap kali terfikirkan sesuatu, saya cepat pula menidakkannya. Saya terlalu memikirkan kekurangan kemampuan diri. Saya juga banyak membuang masa dan wang ringgit kerana mengusahakan sesuatu usaha yang akhirnya saya sedar, tidak menepati matlamat, impian dan prinsip hidup saya. Guru sayalah yang membina semangat saya untuk membina matlamat dan impian yang jelas dan tidak jemu-jemu mengingatkankan saya tentang matlamat dan impian saya setiap kali kami bertemu.